Isteri Curang Dengan Bapa Mertua

Saturday, April 28, 2012 6:00
Posted in category info

 

 

ALOR SETAR: “Saya melihat sendiri isteri saya dan ayah berpelukan masuk ke dalam sebuah kondominium. Ketika itu, lidah saya kelu dan tidak dapat digambarkan remuknya perasaan saya.

“Tak sangka ayah melakukan perkara terkutuk dengan menjalinkan hubungan dengan isteri saya,” keluh seorang lelaki selepas membongkar perlakuan jijik dua individu yang amat disayanginya.

Read the rest of this entry »

Info : WWW1 Nombor Plat Kereta Termahal

Sunday, April 8, 2012 5:02
Posted in category info

 


KUALA LUMPUR - Nombor plat pendaftaran kenderaan WWW 1 yang hangat diperkatakan khususnya di ibu negara kini diramalkan mampu mencecah nilai RM500,000 apabila tendernya dibuka pada 30 April nanti.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman, ramalan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tawaran awal yang sudah diterima meskipun tender belum lagi dibuka kepada orang ramai.

“Sejak pengumuman mengenai nombor yang dikaitkan dengan singkatan terkenal WWW iaitu World Wide Web dibuat, beberapa tawaran telah dilakukan oleh individu yang berminat dengan harga sudah pun melebihi RM400,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Berapa la agaknya harga nombor plat pendaftaran kenderaan WWW1 di Malaysia?

Info : Kapal Hantu Ditenggelamkan

Saturday, April 7, 2012 6:19
Posted in category info


 

 

UNEAU, Amerika Syarikat (AS) – Pelayaran kapal nelayan Jepun, Ryou-Un Maru berakhir di perairan Alaska kelmarin apabila ia ditenggelamkan dengan menggunakan bedilan meriam dari kapal Pengawal Pantai AS.

Kapal sepanjang sekitar 50 meter itu hanyut di Lautan Pasifik sehingga ke perairan Alaska ekoran bencana tsunami yang melanda timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Read the rest of this entry »

Berita : Suami Kelar Isteri

Friday, April 6, 2012 6:10
Posted in category Berita


 

BANGKOK – Seorang lelaki, Sakdawut Hamsiri mengacukan pisau dekat leher isterinya dalam drama tebusan yang berlaku selama enam jam di Thailand.

Sakdawut yang bersenjatakan sebilah pisau menawan isterinya, Thawee Naiyanit di sebatang jalan raya di sini semalam.

Lelaki berusia 30 tahun itu nekad menjadikan wanita berkenaan sebagai tebusan dan berulang kali menolak permintaan polis supaya mangsa tersebut dibebaskan.

Insiden tersebut hanya berakhir apabila polis menggunakan pistol renjatan elektrik terhadapnya.

Dia ditangkap dan dibawa ke sebuah balai polis untuk disoal siasat selepas rebah terkena renjatan itu.

Polis kemudian memberitahu, Sakdawut berada di bawah pengaruh dadah ketika insiden tersebut berlaku. – Agensi

Artis : Kim Kardashian Dilempar Serbuk Putih Semasa Red Carpet

Wednesday, April 4, 2012 12:18
Posted in category artis

Info : Safee Sali Ceraikan Isteri Talak Satu

Tuesday, April 3, 2012 6:07
Posted in category info

 

SHAH ALAM – Pemain bola sepak termahal negara, Safee Sali yang ketika ini mewakili kelab Pelita Jaya FC di Indonesia sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Lafaz cerai itu dilakukan Safee dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Ahmad Nazib Johari.

Read the rest of this entry »

Info : Pengacara TV Popular Lanyak Wanita

Monday, April 2, 2012 9:40
Posted in category info

 

 

KUALA LUMPUR: Seorang pengacara rancangan gosip popular berusia 28 tahun bertindak menyerang seorang wanita yang sedang meraikan hari lahir rakannya dalam sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, di sini, dengan memijak muka mangsa menggunakan kasut tumit tingginya dalam kejadian awal pagi semalam.

Akibat perbuatan pengacara wanita terbabit yang juga bergelar pelakon dan pernah membintangi beberapa siri drama serta telefilem itu bersama beberapa rakannya menyebabkan mangsa yang berusia 20-an cedera di kepala dan terpaksa dirawat di Hospital Ampang (HA).

Read the rest of this entry »

Berita : Lagu Bawaku Pergi Zizan dan Kaka Diharamkan

Saturday, March 31, 2012 15:25
Posted in category Berita

Lagu popular dendangan Zizan dan Kaka iaitu Bawaku pergi telah diharamkan daripada disiarkan oleh Kerajaan Malaysia disebabkan ada pihak tertentu yang mendakwa lirik lagu tersebut membawa kepada unsur – unsur negatif dan menggalakkan remaja lari dari rumah. Namun Malique Too Phat berasa tidak berpuas hati dan menganggap ia tidak adil bagi Zizan, Kaka dan beliau sendiri.  Berikut kenyataan penuh Malique Too Phat berhubung perkara tersebut :-

Read the rest of this entry »

Berita : Perkhidmatan Pelacuran Timur Tengah

Saturday, March 31, 2012 14:38
Posted in category Berita


IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.

Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.

Read the rest of this entry »

Laman Web FAM DiGodam Sekali Lagi.. Apa Cer????

Friday, March 30, 2012 16:38
Posted in category Berita, info

Untuk sekali lagi, laman web FAM telah digodam oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai RilekCrew. Mereka menuntut agar Presiden FAM meletakkan jawatan.

Read the rest of this entry »