Google Adsense

5 Cerita Katun Yang Aku Minat

Walaupun umur ku kini boleh dikategorikan sebagai 'tua', tapi minat ku terhadap kartun masih belum hilang. Ramai orang kata, Cerita kartun ni hanya untuk budak2, tapi bagi aku, selagi cerita tu boleh menghiburkan dan menggembirakan hati, apa salahnya kalau aku mau tonton. Sebab tu la walaupun di usia yang sedikit tua ni, aku masih boleh tersenyum @ ketawa melihat gelagat watak2 kartun kegemaran ku. Hua.. Hua.. Hua.. 


TOP 5 Kartun pilihan ku...





#1. Spongebob Squarepants
Sebuah karekter Span berwarna kuning yang tinggal di laut. Mempunyai seorang rakan baik bernama Patrick Star iaitu seekor tapak sulaiman yang sangat bodoh kelakuannya. Spongebob tinggal di dalam rumah nenas dan mempunyai seekor haiwan peliharaan yang mempunyai suara kucing iaitu Gary (seekor Sibut Babi). Mempunyai seorang jiran iaitu Squidward Tentacles yang saangat bencikan kepada jiran - jiran tetangga terutamanya Spongebob dan Patrick iaituPatrick lebih gemar bermain klarinet (Seruling) dan melukis potret diri sendiri.. (Syok Sendiri).
Walaupun kelihatan seperti kebudak - budakan, Spongebob merupakan Pembuat Burger di restoran No 1 di Bikini Bottom (kawasan tempat tinggal Spongebob dan rakan - rakanya) iaitu Restoran Krusty Krab. Pemilik Restoran itu pula adalah En Eugene Krabs, se'orang' ketam tua yang sangat kedekut. Ia mempunyai se'orang' anak bernama Pearl iaitu seekor ikan Paus. (Macam mana la ketam boleh menjadi bapa kepada ikan paus.. hehehe). Sifat kedekut En Krabs ni mengalahkan sifat Haji Bakhil sehinggakan Ia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan lebih banyak duit. Antaranya dengan membuka restorannya 24 jam tanpa henti, menukar sebuah restoran menjadi sebuah hotel 5 bintang, membuat pengubahsuaian restoran yang sangat melampau, dll. Namun disebalik kejayaan restoran yang diusahakannya, En Krabs mempunyai seorang musuh (Sheldon Plankton) yang sangat bencikannya dan sentiasa ingin cuba mendapatkan formula Krabby Patty (Burger yang sangat sedap di dasar laut), namun sehingga ke hari ni segala usaha untuk mendapatkan formula krabby patty ternyata tidak berhasil.



#2. Nintama Rantaro (Ninja Boy)
Cerita mengenai 3 sahabat yang menuntut di Sekolah Ninja  iaitu Rantaro InaderaKirimaru Settsuno dan ShinbÄ“ Fukutomi. Rantaro boleh dikategorikan sebagai seorang budak yang boleh diharap. Boleh berfikir secara matang. Kirimaru dan Shinbe pula mempunyai sifatnya tersendiri. Kirimaru seorang yang tamakkan duit manakala Shinbe pula seorang yang sangat lembab namun sangat laju apabila masa untuk makan. Cerita - cerita pada episod yang disiarkan biasanya berkisarkan perjalanan hidup mereka sebagai seorang penuntut di sekolah tersebut.






#3. Crayon Shin Chan
Mengisahkan gelagat seorang Budak tadika Futaba yang berumur 5 tahun dan keluarganya. Mempunyai perangai sangat pelik iaitu bersifat sedikit "Gatal" dengan wanita - wanita cantik.. (mirip sifat bapanya). Kebanyakan lawak daripada cerita ini adalah penggunaan bahasa shin chan yang selalu salah dan perangainya yang sangat nakal dan selalu mempermain2kan ibu bapanya. Gemar menonton cerita kegemarannya iaitu Action Kamen.

Keluarga Shin Chan
1. Nohara Shinnosuke - lebih dikenali sebagan Shin Chan.
2. Nohara Misae - Ibu Shin Chan. Seorang ibu yang sangat garang dan sering memukul kepala shin chan bila Shin Chan mempermainkannya. Gemar membeli belah.

3. Nohara Hiroshi - Seorang Penyelia yg agak takut kepada isteri.


4. Nohara Himawari - Adik perempuan Shin Chan. Sangat tertarik kepada lelaki kacak dan benda bersinar seperti berlian. 

Rakan Shin Chan
1. Kazama Toru - Depan : Satu dari kanan
2. Sakurada Nini - Depan : 2 dari kanan
3. Sato Masao - Belakang : 2 dari kanan
4. Bo








#4. Tsurupika Hagemaru (Hagemaru Si Botak Kecil)




Hagemaru merupakan watak seorang budak kecil yang kelihatan tidak pandai dalam pelajarannya. Mempunyai sifat kedekut yang sangat melampau sehinggakan hagemaru mempunyai terlalu banyak idea cara - cara berjimat. Sifat hagemaru tidak ubah seperti sifat ahli keluarganya yang terlalu kedekut. Bapa Hagemaru bernama Hagezo Hageda dan ibunya Tsuruko Hageda.  





#5. Asari-Chan

Kisah seorang budak perempuan yang sangat nakal dan sering bergaduh dengan kakaknya sendiri. Sering dibuli oleh kakaknya sendiri dan ibunya pula sering memarahi Asari-Chan kerana sifat nakalnya.

nota : dulu Doraemon merupakan kartun faberet no 1 ku tapi sekarang tidak lagi.

1 comment:

  1. wohooo~i'm with you from 1 to 3. 4to 5, not really. yeah~katun bleh ditonton oleh smua golongan maa.. :d

    ReplyDelete

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.