Google Adsense

Selamat Hari Lahir @ Selamat Hari Jadi?

PERBEZAAN ANTARA SELAMAT HARI JADI DAN SELAMAT HARI LAHIR





Apabila ada antara kita yang meraikan hari kelahirannya, sudah menjadi kebiasaan kita untuk mengucapkan kata - kata Selamat.. Ucapan "Selamat Hari Jadi" dan "Selamat Hari Lahir" selalu kita dengar dan selalu kita ucap untuk meraikan seseorang.

Tapi tahukah semua ucapan Selamat Hari Jadi dan Selamat Hari Lahir mempunyai maksud yang berbeza. Hari Jadi bermaksud hari seseorang itu dijadikan. Maksudnya di sini, Hari di mana kita mula diproses untuk dijadikan... faham kan maksudku...hehehe.. Manakala Hari Lahir pula hari kita dilahirkan ke dunia ini setelah cukup 9 Bulan  ... hari (bil hari x ingat).

Jadi, adalah mustahil ada di antara kita yang dapat mengetahui secara tepat Hari kita dijadikan kecuali Pencipta kita sendiri.. Boleh jadi juga, mak dan ayah kita sendiri pun tidak mampu untuk memastikan bila kah kita dijadikan... tetapi, tarikh kita dilahirkan sudah tentu dapat dipastikan secara tepat oleh mak dan ayah, doktor dan nurse , Mak Bidan dan pembantu mak bidan serta seisi keluarga sebelah Mak dan Ayah yang menyaksikan hari tersebut...

Renung - renungkan la..

nota : Selamat Hari Lahir untuk diriku pada hari ini... :)

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.