Musim Sejuk di Korea Selatan Part 1
Kuala Lumpur - Seoul |
Perjalanan daripada LCCT ke Incheon mengambil masa lebih kurang 6 jam 20 minit. Tersangat la boring dalam flight. Masa perjalanan adalah lebih kurang sama dengan masa perjalanan menaiki bas dari Tawau - Kota Kinabalu. Jadi aktiviti utama dalam kapal terbang adalah tidur. :P.
Pemandangan Awal Pagi |
Seperti yang dijangka, pukul 8.20 pagi waktu tempatan, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul. Cuaca adalah -3 darjah celcius.
Seoul diliputi Salji |
Menuju Ke Arrival Hall |
Kena naik train untuk ke Arrival Hall. Kekerapan train adalah setiap 5 minit |
Sebenarnya tidak sukar untuk berjalan - jalan di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebab kebanyakan penunjuk arah adalah dalam dwi bahasa (Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris). Memang kita tidak akan sesat berada di sana.
Selesai melepasi pemeriksaan Imigresen dan Kastam, kami bergegas ke Incheon International Airport Station untuk menaiki Airport Railroad Express (AREX). Destinasi kami adalah Co-op Residence (hotel yang telah ditempah) yang terletak di Hoegi. Untuk sampai ke Co-op Residence, kami perlu menaiki AREX menuju ke Seoul Station terlebih dahulu sebelum Transfer ke Subway Line 1 (Warna Biru Tua) untuk sampai ke Hoegi Station.
Bagi mereka yang tidak tau, istilah yang digunakan apabila kita bertukar daripada satu train ke train yang lain @ bertukar dari satu train ke bas ataupun sebaliknya adalah Transfer. Lepas ni, aku akan gunakan istilah itu. :)
![]() |
Laluan dari Incheon Airport Station ke Hoegi Station (warna pink) |
![]() |
Lokasi Incheon International Airport Station |
![]() |
Bergambar dulu di luar bangunan Airport |
Commuter Line:
Commuter Line akan berhenti di setiap stesen dan masa perjalanan ke Seoul Station adalah 53 minit. Kadar tambang bagi Commuter Line adalah Dewasa 4,050 won (lebih kurang RM12.00) / Kanak - Kanak 2,080 won (Lebih kurang RM6.00)
Express Line:
Express Line merupakan perkhidmatan Express terus ke Seoul Station dan mengambil masa 43 minit. Kadar tambang pula adalah mahal berbanding Commuter Line iaitu Dewasa 14,300 won lebih kurang (RM42.00) / Kanak - Kanak 6,900 won lebih kurang (RM20.70)
Oleh kerana ini merupakan percutian bajet kami, maka kami memilih untuk menaiki AREX Commuter Line yang lebih jimat dan kalau nak diikutkan, beza masa antara Commuter Line dan Express Line hanya 10 minit sahaja. Tidak lah membazir masa sangat.... :). Di sini kami sudah jimat RM30.00 seorang. Tiket boleh dibeli di mesin berdekatan gate masuk Commuter Line.
![]() |
Ticket Vending and Card Reload Device - Single Journey Ticket boleh dibeli di sini |
![]() |
Bagaimana untuk Membeli dan Menggunakan Single Journey Ticket |
![]() |
Single Journey Ticket |
Pemandangan dari dalam AREX |
Sampai saja di Seoul Station, kami perlu Transfer ke Subway Line 1 menuju ke Hoegi Station. Kod warna bagi Line 1 adalah biru tua.
Keluar dari AREX dan menuju ke Line 1 |
Klik sini untuk melihat Video.
Subway Line 1 (Biru Tua) agak jauh sedikit daripada Seoul Station. Jadi kami kena lah berjalan kaki berpandukan papan tanda yang ada. Risau jugak kalau tersesat. Tapi papan2 tanda di Seoul adalah mesra pelancong. Sangat mudah untuk dilihat dan sangat membantu. Tapi anak mata kena liar sikit untuk melihat kawasan sekeliling. Takut pula terlepas papan tanda penunjuk arah. :)
Kemudian, untuk menaiki Subway disekitar Seoul, kami perlu membeli T-Money. T-Money berfungsi sebagai akses untuk menaiki bas, subway dan teksi selain menggunakan Single Journey Ticket dan wang tunai. Bezanya, jika menggunakan T-Money , kita akan dapat diskaun kalau menaiki pengangkutan awam di Seoul berbanding Single Journey Ticket (tiada diskaun). T-Money juga boleh digunakan untuk membeli barang - barang di kedai - kedai yang menerima T-Money.
![]() |
T-Money Card |
T-Money kalau di Malaysia lebih kurang macam Kad Touch N Go. Bila kredit dah habis, ia perlu ditambah nilai semula. Setiap Subway station menyediakan khidmat tambah nilai T-Money dan tidak semua Subway Station menyediakan mesin untuk membeli T-Money Product.
Klik sini untuk ketahui Bagaimana untuk membeli T-Money Product.
Selain itu, T-Money Product boleh juga didapati di kedai - kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan GS25.
Selain itu, T-Money Product boleh juga didapati di kedai - kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan GS25.
Klik sini untuk ketahui bagaimana untuk tambah nilai T-Money Card.
T-Money juga boleh ditambah nilai di kedai - kedai serbaneka terpilih seperti 7-Eleven dan GS25.
T-Money juga boleh ditambah nilai di kedai - kedai serbaneka terpilih seperti 7-Eleven dan GS25.
Sambung cerita, Lepas dah beli T-Money Card, kami terus menuju ke Subway Line 1 untuk pergi ke Hoegi Station. Hotel yang kami diami tidak jauh dari Hoegi Station. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki.
Klik Sini Untuk Info Hotel
Klik Sini Untuk Tempahan di CO-OP Residence
Lokasi Coop Residence dengan Hoegi Station |
Klik Sini Untuk Info Hotel
Klik Sini Untuk Tempahan di CO-OP Residence
Kami sampai di CO-OP Residence pada pukul 11.00 pagi. Rehat seketika sebelum meneruskan aktiviti di hari pertama.
Bersambung untuk Aktiviti Hari Pertama Di Seoul, Korea Selatan. :)
Asalamualaikum... Boleh x minta itinerary ke Seoul? Brp jumlah kos keseluruhan melancong ke sana? Emel saya.. Zackabdsamad@gmail.com
ReplyDelete