Google Adsense

Pengalaman Baru Bersama Malindo Air

Berlepas dari KKIA menuju KLIA


Hari ni aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman menaiki syarikat tambang murah baru Malaysia iaitu Malindo Air daripada Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu. Aku difahamkan penerbangan yang aku naik merupakan penerbangan sulung Malindo Air daripada Kota Kinabalu (BKI) ke Kuala Lumpur (KUL).



Pesawat Malindo Air tiba di KKIA

22 MAC 2013 Flight OD1001 BKI  - KUL 10.05AM 
22 MAC 2013 Flight OD1028 KUL - BKI    7.20PM

4 dari 5 Bintang untuk Perkhidmatan Malindo Air pada hari pembukaan. Walaupun syarikat penerbangan ini masih baru, aku puji perkhidmatan yang diberikan. Ternyata apa yang aku fikirkan jauh meleset dengan apa yang aku lalui hari ini.  

Rumusan yang dapat aku berikan.

1. Daftar Masuk.

Petugas Kaunter daftar masuk Malindo Air di KKIA dan KLIA sangat mesra dan melayan penumpang dengan penuh rasa hormat.
Walaupun Mesin Kiosk Daftar Masuk belum lagi disediakan, kaunter daftar masuk yang disediakan di KKIA dan KLIA sudah cukup untuk memberikan perkhidmatan daftar masuk kepada penumpangnya. Yang menariknya, Malindo Air membenarkan penumpang kelas ekonomi untuk membawa bagasi 15kg dan Kelas Perniagaan 30kg tanpa sebarang bayaran dan dengan kata lain ianya PERCUMA. :)

2. Terminal Pesawat

Walaupun Malindo Air merupakan syarikat penerbangan tambang rendah, keselesaan penumpang amat diutamakan. Oleh itu, Malindo Air telah beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pesawat mereka. Balai menunggu yang selesa serta penggunaan Aerobridge bagi memudahkan penumpang akses terus ke pesawat. Tidak seperti salah satu syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia yang menggunakan KKIA Terminal 2 (Kota Kinabalu) dan LCCT (Kuala Lumpur). Penumpang terpaksa berpanas sebelum naik ke pesawat. Sedih. Huhuhu...
Difahamkan Malindo Air akan memindahkan operasi mereka ke Terminal KLIA2 apabila ianya dibuka pada bulan Mei 2013. (Wiki)

3. Pesawat

Pesawat yang digunakan pada hari ini (22/3/2013) adalah Pesawat Boeing 737-900ER. Pesawat baru ini menyediakan kerusi leather (Kelas Ekonomi) dengan tempat duduk yang lebih luas (32 inch bagi kelas ekonomi dan 45 inch bagi kelas perniagaan). Ia juga menyediakan Personal TV (In Flight Entertainment System) di Kelas Peniagaan dan Kelas Ekonomi. Hiburan berupa wayang, permainan, drama dan lagu disediakan dan sesuai untuk golongan dewasa dan kanak - kanak. Info penerbangan juga ada disediakan di penerbangan ini. 


Sandwich dan Mineral Water Percuma untuk Kelas Ekonomi.
Makanan dan minuman disediakan disetiap penerbangan Malindo Air. Sesuai sangat dengan motto mereka Not Just Low Cost. Harga rendah namun perkhidmatan kelas pertama. Bravoo.!! Info yang saya dapat dari pakcik Wiki, Malindo Air akan menyediakan perkhidmatan WIFI disetiap penerbangan mereka bermula Jun 2013 dengan bayaran yang minima.




Kelas Ekonomi Malindo Air

In Flight Entertainment System

Info Penerbangan


In Flight Entertainment akan dihentikan sementara ketika Pengumuman sedang dijalankan. 

Cadangan kepada Malindo Air.

1. Perluaskan laluan ke bandar - bandar utama di Malaysia secepat mungkin. 
2. Sediakan Kiosk Daftar Masuk di setiap Airport.
3. Membangunkan Aplikasi Smartphone untuk tempahan tiket dan daftar masuk mobile.


Kesimpulannya, pengalaman 22/3/2013 terbang bersama Malindo Air (Kota Kinabalu - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu) memberikan satu pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan.  Terima kasih Malindo Air. :)

2 comments:

  1. Send ur link 2 KarenLow@malindoair.com & u might get free OFFICIAL maiden flight next time ;)

    She head of sales

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info. Saya dah hantar link. :)

      Delete

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.