Google Adsense

Sehari Sebelum Ke Korea Selatan


16 Februari 2013 - Perjalanan Bermula daripada Labuan. 


Perjalanan kami bermula daripada Labuan ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Airasia (10.30AM). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Dalam pukul 1:00 PM kami sudah sampai ke LCCT Sepang, Kuala Lumpur. 



Perjalanan dari Labuan ke Kuala Lumpur

Sampai saja di LCCT, aktiviti seterusnya adalah merehatkan badan. Kami check-in di Hotel YouniQ yang terletak tidak jauh dari LCCT sebab masih ada baki 12 jam lagi sebelum kami sambung perjalanan ke Seoul. Lagipun kasihan pula orang rumah tengah berbadan dua (Hamil 5 Bulan). Amat mudah untuk ke Hotel YouniQ sebab pihak hotel ada menyediakan Shuttle Bus (Hotel - LCCT - Hotel) dengan bayaran RM5.00 seorang (kalau naik teksi, buta - buta kena cas RM50.00 untuk ke sana) dan kadar sewa bilik untuk 1 malam adalah berpatutan berbanding Tune Hotels. :)


YouniQ Hotel


Lobi Hotel



Pukul 9.00 PM kami check-out dari hotel dan bergerak menuju  ke LCCT.

Lepas saja selesai urusan check-in, Imigresen, dan pemeriksaan keselamatan Airport selesai, kami lepak di balai pelepasan Gate T16 LCCT sebelum dipanggil dan tepat pukul 1.00 am 17/2/2013 kapal terbang Airasia A330-200 bertolak ke Seoul. Yahoo!! Selamat Tinggal Malaysia. :)

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.