Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 2


Aktiviti hari pertama di Korea Selatan.

1. Itaewon (Masjid Itaewon)
2. War Memorial Museum Of Korea
3. Namsangol Hanok Village dibatalkan sebab tak cukup masa
4. N Seoul Tower

1. Itaewon.


Itaewon adalah sebuah daerah bandar di Yongsan-gu , Seoul , Korea Selatan (Info Wiki). Kawasan ini sangat terkenal oleh pelancong luar negara kerana banyak restoran menyediakan makanan antarabangsa seperti makanan India, Pakistan, Turki, Indonesia dan Malaysia terdapat di sini. Amat mudah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Yang lebih menarik lagi, satu - satunya Masjid yang ada di Seoul terletak di sini.

Perjalanan kami bermula dari hotel menuju ke Hoegi Station untuk pergi ke Itaewon. Untuk ke Itaewon, kami menaiki train  Line 1  menuju ke Dongmyo Station dan kemudian Transfer ke  Line 6  (Cokelat) menuju ke Itaewon Station. 


Laluan daripada Hoegi Station (Seoul Subway Line 1) ke Itaewon Station (Seoul Subway Line 6)

Sampai saja di Itaewon Station, kami keluar ikut Exit 3 sebab tujuan kami adalah untuk ke Masjid Itaewon. Itaewon Station mempunyai 4 Laluan keluar (Exit 1, Exit 2, Exit 3 dan Exit 4). Amat penting untuk kenalpasti laluan keluar agar kita  tidak ter-ambil laluan yg agak jauh untuk sampai ke destinasi.


Laluan ke Masjid Itaewon
Keluar sahaja dari Itaewon Station Exit 3, nampak lah kelibat kereta Pwronda Polis tengah parking sebab berdekatan kawasan tu ada Balai Polis. 

Kenderaan Polis ini berada di depan Exit 3

Disepanjang jalan menuju ke Masjid Itaewon, banyak restoran dari pelbagai negara boleh didapati di sini. Antaranya termasuk makanan dari Malaysia, Indonesia, Turki, India dan Pakistan. Laluan ke Masjid Itaewon ni berbukit. Jadi agak penat juga la untuk sampai ke sana. 







Lepas berjalan lebih kurang 15 minit di laluan berbukit, kami pun tiba di satu - satunya Masjid di Seoul. Mula - mula tunaikan solat, kemudian sesi mengambil gambar pun bermula. :P (Ramai warga Malaysia, Indonesia yang kami jumpa di sini. Sekadar senyum dan bertegur macam tu sj. hehe)









Selesai melawat Masjid Itaewon, kami berdua singgah makan di Restoran Murree. Alang2 sudah sampai Korea, sekali sekala cuba makanan korea apa salahnya. hehehehe. Nama makanan di restoran ni sangat pelik sampai kami ambil masa hampir 15 minit untuk order makanan. Akhirnya kami order Kim-chi chi-gae dan Bol-go-gi dukbaegi. Kim-chi chi-gae ni kurang sedap. tiada rasa sangat tapi Bol-go-gi dukbaegi ni memang sedap. Sedap hingga menjilat kaki.

Restoran Murree
Kim-chi chi-gae dan Bol-go-gi dukbaegi

Selesai makan, destinasi lawatan berikutnya adalah War Memorial Museum of Korea. Untuk ke sana, kami perlu patah balik Itaewon Station untuk menaiki train.


2. War Memorial Museum of Korea

War Memorial Museum of Korea dibuka pada tahun 1994 di bekas tapak ibu pejabat tentera. Lebih 13,000 bahan sejarah dipamerkan di muzium ini termasuk senjata, kapal terbang, kapal laut, dan kereta perang dll.


Perjalanan ke War Memorial Museum of Korea kami bermula di Itaewon Station  Line 6  dan menaiki train menuju ke Samgakji Station. (Jarak dr Itaewon Station ke Samgakji Station hanya beza 2 stesen saja. Jadi x perlu la aku tunjuk melalui map. hehehe) . kemudian keluar melalui Exit 12. (Exit 11 juga boleh digunakan tapi agak jauh sedikit). Samgakji Station menghubungkan 2 laluan train iaitu Seoul Subway  Line 6  dan Seoul Subway  Line 4 . Lepas keluar dari Samgakji Station Exit 12, kami berjalan lebih kurang 2 minit untuk sampai ke lokasi. :)

Lokasi War Memorial Museum of Korea berdekatan dengan Samgakji Station Line 6







Gambar - gambar di War Memorial Museum of Korea


















Selesai suda melawat War Memorial Museum of Korea. Lokasi seterusnya adalah Namsangol Hanok Village. Tapi disebabkan hari sudah semakin gelap, kami putuskan untuk tidak ke sana sebab kami ingin melihat suasana Seoul pada waktu petang dan malam di N Seoul Tower. Jadi, rancangan untuk ke Namsangol Hanok Village dibatalkan.

Untuk ke N Seoul Tower, kami perlu pergi ke Samgakji Station dan menaiki train Seoul Subway  Line 4 .


3. N Seoul Tower

N Seoul Tower merupakan menara komunikasi dan pemerhati yang terletak di Gunung Namsan di pusat bandar Seoul, Korea Selatan dengan ketinggian 236.7 meter . Ia merupakan kawasan tertinggi di Seoul. Dibina pada tahun 1969, menara ini mula dibuka untuk orang awam pada tahun 1980 (Wiki). 

Perjalanan kami menuju N Seoul Tower bermula di Samgakji Station. Kami turun di Exit 12 Samgakji Station dan berjalan menuju ke Seoul Subway  Line 4 . Ambil train menuju ke Myeongdong Station dan kemudian keluar melalui Exit 3. 





Destinasi kami adalah menuju ke Namsam Cable car. Keluar saja dari Exit 3, kami melalui lorong kecil di sebelah kiri Exit 3. Laluan menuju ke Namsam Cable Car adalah berbukit. memang penat sebab jarak antara Myeong-dong ke Namsam Cable Car boleh la tahan jauhnya. :P. Di laluan ini tiada seekor pun papan tanda untuk menuju ke Namsam cable Car tapi sangat mudah untuk ke sana sebab laluan ini tidak mempunyai banyak lorong
.


Laluan dari Subway ke Namsam Cable Car
Pacific Hotel berada ditengah2 jalan. Ambil jalan kanan untuk ke Namsam Cable Car

Laluan menuju ke Namsam Cable car

Laluan Berbukit

Laluan ke Namsam Cable Car. (Latar N Seoul Tower)

Papan tanda Namsan Cable Car

Setelah penat berjalan, akhirnya kami sampai juga ke Namsam Cable Car. Ada beberapa pilihan jalan untuk ke N Seoul Tower. Sama ada anda ingin berjalan kaki melalui bukit ataupun menaiki Cable Car. Dengan kuasa veto yang diberikan kepada saya, maka dengan ini kami akan menggunakan perkhidmatan Cable Car untuk menuju ke puncak. :P


Bangunan Namsam Cable Car


Harga tiket Cable Car Round Trip 8,000 Won seorang (RM24.00)


Tiket Namsam Cable Car
Pemandangan dari dalam Cable Car

Pemandangan di dalam Cable Car

Perjalanan dari Namsam Cable Car Building ke N Seoul Tower dengan menaiki Cable Car tidak mengambil masa yang lama. Sampai saja di N Seoul Tower mode mengambil gambar bermula. Tiket untuk masuk ke N Seoul Tower + Teddy Bear Museum adalah 14,000 won seorang (RM42.00).


Tiket N Seoul Tower + Teddy Bear Museum


Pemandangan di luar N Seoul Tower

N Seoul Tower pada waktu senja

Berlatar Pokok ntah apa ni. :P


N Seoul Tower waktu malam

Jatuh cinta dengan pemandangan ini

Namsam Cable Car


Teddy Bear Museum


















Aktiviti hari pertama tamat di sini. Kami pulang ke Hotel lebih kurang pukul 10.00 malam. :). Perjalanan hari pertama yang sungguh memenatkan. Balik Hotel terus tidur. :)

Kami ikut laluan yang sama kami gunakan semasa pergi dan menaiki train di Myeongdong Station  Line 4  menuju ke Dongdaemun Station kemudian Transfer ke Seoul Subway  Line 1  menuju ke Hoegi Station. 

Sekian untuk perjalanan hari pertama di Seoul, Korea Selatan. Bersambung Percutian Ke Korea Selatan (18/2/2013) - Hari Kedua.

2 comments:

  1. woooww.. sangat2 membantu.. sy aakan fully refer dis flow nk g bercuti,hihi.. nk g 17hb january ni tp baru nk cari info2.. tempat2 menarik,haha.. dh la g tanpa tourist guide..

    ReplyDelete

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.