Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 3

Aktiviti Hari Kedua di Korea Selatan.

1. Everland  Resort
2. Hangang River Cruise (Dibatalkan sebab x cukup masa)



1. Everland Resort

Everland Resort adalah sebuah taman tema di Yongin , sebuah bandar di wilayah Gyeonggi-do , Korea Selatan . Everland merupakan taman tema terbesar di Korea Selatan. dikendalikan oleh Samsung Everland, yang merupakan anak syarikat Kumpulan Samsung .

Seperti biasa, perjalanan kami bermula di COOP Residence lebih kurang pukul 10.00 AM, bergerak menuju ke Hoegi Station untuk menaiki train  Line 1  dan destinasi tujuan adalah Everland Resort yang terletak di Gyeonggi-do.


Berjalan kaki menuju ke Hoegi Station. Depan tu saja. :)

Tiada perkhidmatan Subway terus ke Everland Resort. Kami menaiki 2 pengangkutan awam iaitu Subway dan bas. Secara ringkasnya, kami guna Seoul Subway  Line 1  daripada Hoegi Station menuju ke Sinseol-dong Station kemudian transfer ke  Line 2  (Seongsu)  menuju ke Seongsu Station, kemudian transfer ke  Line 2  (Main Line / Circle Inner Line) dan keluar di Jamsil Station Exit 5 atau 6. Kami keluar dari Exit 6. Lepas dah keluar di Exit 6, kami pergi ke Traffic Light di belakang Exit 6 dan ke seberang jalan untuk ke perhentian bas yang berada di tengah2 jalan raya. Perkhidmatan bas ke Everland Resort (Bus No 5700) ada disediakan di sini. (Bas 5700 ke Everland menerima T-Money, jadi tak perlu bayar guna cash).
Kedudukan Jamsil Station Exit 6 daripada Bus Stop.

Kedudukan Jamsil Station Exit 6 dan Bus Stop Ke Everland dari Traffic Light (Google Map Street View)

Laluan Bas No 5700

Bas No 5700 ke Everland


Gambar Pemandangan sekitar Jamsil Station






Perjalanan ke Everland Resort daripada Jamsil mengambil masa lebih kurang sejam. (betul ka? hehehe). Sampai saja di Bus Stop Everland, kami perlu menaiki Free Shuttle Bus menuju ke Pintu Masuk Everland. Perjalanan mengambil masa 10 minit. :)

Stesen Bas Everland

Everland Shuttle Bus. FOC


Bayaran masuk ke Everland adalah 40,000 Won. (RM120.00). Mahalnya. :(. Tapi jangan risau, harga diskaun akan diberikan sekiranya kita tunjukkan kupon diskaun yang boleh dimuat turun di www.everland.com. Harga selepas diskaun adalah 32,000 Won (RM96.00) dan harga diskaun ini adalah untuk pelancong2. (Konfem harga untuk warga korea lagi murah..)


Kupon diskaun yang boleh dimuat turun di www.everland.com


Macam kes kami, kupon diskaun telah di print siap2 dari Malaysia, tapi terlupa bawa la pula (tertinggal di hotel). Kemudian aku explain la dengan awek yang jaga kaunter tiket dan minta dia bagi kami harga diskaun. Fuh~.. nasib baik dia bagi jugak harga diskaun, kalau tidak....
Tiket Everland. Harga Selepas Diskaun Khas Untuk Pelancong


Kami habiskan percutian hari kedua ini di Everland. Nampaknya aktiviti untuk ke Hangang River Cruise terpaksa dibatalkan sebab x cukup  masa. Hehehehe.



Gambar Sekitar Everland Resort
































Kami pulang ke hotel dr Everland lebih kurang pukul 6.30 ptg. Sebelum pulang ke hotel, kami ke Lotte Department Store yang terletak di Cheongnyangni Station (jarak 1 stesen dengan Hoegi Station) untuk membeli belah. sebab sebelah malam kami akan masak di hotel. 


Info Drama : Lotte Department Store merupakan tempat penggambaran Siri Drama popular Korea Selatan iaitu Secret Garden yang mana Kim Joo Won (Lakonan Hyun Bin) merupakan CEO LOEL Department Store (Nama asal Lotte Department Store) yang fobia naik lif. Jadi, untuk sampai ke pejabatnya, dia akan menaiki eskalator.


Lotte Department Store

Periuk yang dibeli di Lotte Mart (Lotte Department Store) berharga 8,500 Won (RM25.50)

Sekian untuk hari kedua. Bersambung Percutian Ke Korea Selatan (19/2/2013) - Hari Ketiga

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.