Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 4



OK, Hari ini baru berkesempatan untuk post percutian hari ketiga di Seoul. Heheheh. Aktiviti hari ketiga ni adalah yang paling dinanti-nantikan iaitu ke Pulau Nami. Wuhuu...

Aktiviti Hari ke Tiga

1. Pulau Nami (Naminara Republic/Namiseom)
2. Dongdaemun
3. Cheonggyechon Stream


Pulau Winter Sonata

1. Pulau Nami
Pulau Nami merupakan Pulau yang terkenal dengan siri Drama Winter Sonata. Terletak Kira-kira 63 kilometer. Keluasan sekitar 460,000 meter persegi dan kelilingnya sekitar lima kilometer dan Memiliki lebih 300 spesis pokok pelbagai jenis.


Seperti biasa perjalanan kami bermula di COOP Residence yg terletak di Hoegi. Ada beberapa cara untuk ke Pulau Nami sama ada menaiki keretapi ataupun Shuttle Bus. Kami menaiki kereta api untuk ke sana sebab cepat, mudah dan selesa. :)

Sebelum tu, kami sebenarnya telah beli tiket keretapi ni awal lagi. Sejak kami di Malaysia (Beli Online). Sebabnya, tiket keretapi ke sana selalu habis. 

Klik sini untuk ketahui cara2 membeli tiket keretapi ke Pulau Nami (belum aktif lagi)


Bermula di Hoegi Station  Line 1  , destinasi tujuan adalah ke Cheongnyangni Station. Keluar dari subway melalui Exit 4, kemudian menuju ke Cheongnyangni Station Square. Cheongnyangni Station Square ni bersebelahan dengan Lotte Department Store.


Cheongnyangni Station Square

Kami sampai di Cheongnyangni Station Square pukul 8.30 pagi. Untuk ke Pulau Nami, keretapi yang perlu dinaiki adalah keretapi ITX-CheongChun. Oleh kerana tiket keretapi kami dah beli awal (Beli Online di Malaysia), kami cuma perlu pergi ke ofis KORAIL untuk mendapatkan tiket keretapi. (Hanya perlu serahkan booking number dan Passport untuk menebus tiket). 


ITX-CheongChun

Tiket ITX-CheongChun


Bagi yang tidak sempat untuk membeli tiket secara online, pihak KORAIL juga ada menyediakan kiosk untuk pembelian tiket. Harga tiket adalah 4,000 Won (RM12.00). Stesen berlepas adalah bermula di Cheongnyangni dan destinasi tujuan adalah Gapyeong. (Cheongnyangni -> Gapyeong). 

Oleh kerana keretapi kami bertolak pukul 9:17 am, Pakcik pekerja KORAIL tu tak benarkan kami untuk masuk ke Platform lebih awal. Jadi kami berlegar2 di ruang menunggu dan sempat2 la jgk pergi ke luar menikmati pemandangan sambil mengambil gambar. :P. Suhu pada waktu ni -4 darjah celcius. memang sejuk.


Sempat lagi bergambar sebelum naik keretapi . Lokasi Cheongnyangni Station Square

Selesai berposing, pukul 9.10 pagi kami masuk menuju ke Platform 1. Tunggu punya tunggu punya tunggu, akhirnya keretapi pun sampai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke Gapyeong Station.


Keretapi ke Gapyeong berada di Platform 1

Setiap Stesen ada menyediakan perkhidmatan WIFI. (Percuma & berbayar)

ITX-CheongChun Tiba

Kemudian naik keretapi berdasarkan nombor kereta dan tempat duduk yg ditulis pada tiket. Perjalanan ke Gapyeong berjalan lancar. Pemandangan sepanjang jalan pula sangat cantik. 






Tiba di Gapyeong Station, kami keluar dari stesen menuju ke Perhentian teksi. Perhentian teksi berada di depan Gapyeong Station.

Gapyeong Station

Lokasi Teksi berada di depan Gapyeong Station

Ambil teksi menuju ke jeti Feri ke Pulau Nami. Tak perlu banyak bercakap dengan pemandu teksi sebab gerenti diorang tak faham. Hahahha.  Bagitau saja mereka "Namiseom" atau "Nami Island", diorang akan terus bawa ke Jeti Feri Nami. Tambang teksi ke sana 2,800 Won (RM8.40). Oleh kerana kami berada di luar Seoul, kebanyakan teksi tidak menerima T-Money untuk membayar tambang teksi. Jadi, kena la bayar cash. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Jeti.

Sampai saja di Jeti, kami terus ke kaunter untuk dapatkan entry visa ke Pulau Nami. Entry visa berharga 8,000 Won termasuk pengangkutan feri pergi dan balik. 


Dapatkan Entry Visa ke Pulau Nami di sini

Entry Visa ke Pulau Nami. 8,000 Won

  

Perjalanan Feri menuju ke Pulau Nami lebih kurang 5 minit saja. Paling mengujakan apabila bendera Malaysia dikibarkan di Feri ini. 



Feri ke Pulau Nami


Pulau Nami di musim sejuk sangat indah(Musim bunga lagi indah :P) dan suhu juga sangat sejuk berbanding di Seoul. Kasut, stokin yang kami pakai x dapat bertahan lama. Sejuk mula masuk ke kaki. Tapi kami tetap juga gagahkan diri mengelilingi Pulau Nami. Pihak Pulau Nami ada menyediakan basikal, keretapi mini untuk mengelilingi Pulau Nami dengan bayaran tapi kami memilih untuk berjalan kaki saja. Lebih puas dan lebih penat berbanding biasa. Hahahah. Tiada aktiviti khusus di Pulau Nami disediakan oleh mereka seperti persembahan ataupun hiburan melainkan kawasan2 seperti muzium muzik, Muzium  Penyiaran Nami, kawasan Winter Sonata (paling ramai pengunjung), dll. Di Pulau Nami juga ada menyediakan Musholla untuk umat Islam. Lokasi Musholla adalah di bangunan BAPLEX (tingkat1).

Musholla ada disediakan di Pulau Nami. Lokasi BAPLEX.





Bersiaran Langsung dari Pulau Nami




Selesai memenatkan diri berjalan mengelilingi Pulau Nami dengan penuh rasa kelaparan, kami mencari tempat makan halal. Aku pernah tengok di TV betapa popularnya Nasi Goncang di Pulau Nami. Teringin pula mau tau mcm mana rasanya. Hampir setengah jam kami mencari lokasi restoran dan hampir Give Up, akhirnya kami jumpa juga. Rupanya2 restoran tu berada di Bangunan BAPLEX (bukan berada di dalam bangunan tesebut tapi berada di tepi kanan bangunan). memang agak terpencil. Setau aku, restoran ini saja yang menyediakan makanan halal di sana. Nasi Goncang ni sebenarnya adalah Nasi Goreng + Telur + Kimchi + Rempah. Ia perlu digoncang terlebih dahulu sehingga sebati sebelum di makan. Kami telah order Nasi goncang dan Pancake ntah apa nama dia. Lupa pula. (Sotong + Telur Dadar + Sayur + Tepung) maka terjadi la pancake. Hehehe. Harga pula jangan harap boleh dapat murah.. hehehe. harga pancake tu 10,000 Won (RM30.00). Harga Nasi Goncang x ingat pula sebab terleka dengan kelazatannya. :P.

Nasi Goreng Kimchi (Nasi Goncang) dan Pancake

Sarung tangan getah disediakan untuk menggoncang Nasi Goreng Kimchi
Klik sini untuk Video (Video Nasi Goreng Kimchi. Hehehhe)


Kami akhiri pengembaraan di Pulau Nami lebih kurang pukul 2.30 petang.

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.