Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 5

Perjalanan diteruskan menuju ke Dongdaemun. 

Tidak banyak info yang aku tau pasal Dongdaemun melainkan ia merupakan tempat shopping. :P


Dongdaemun Map

Lepas menaiki Feri dari Pulau Nami, kami naik teksi untuk kembali ke Gapyeong Station. Jangan risau sebab senang untuk dapatkan teksi di area Jeti Feri. Sepanjang menuju ke perhentian teksi, kami baru perasan ada benda2 menarik di sekitar jeti feri. Contohnya Bungee Jump dan Flying Fox (dengar cerita Flying Fox ni menuju ke Pulau Nami). Fuh.


Bungee Jump

Flying Fox. Dengar Cerita Flying Fox ni menuju ke Pulau Nami

Beratur untuk mendapatkan teksi

Sampai saja di Gapyeong Station, kami terus ke Kiosk tiket untuk membeli tiket ITX-CheongChun ke Cheongnyangni Station. Tiket pulang kami tak beli dari Internet sebab kami  tak pasti berapa lama kami mau habiskan masa di Pulau Nami. Malang nasib kami sebab kami hanya dapat tiket keretapi pukul 5.01 petang. Hampir 2 jam kami menunggu di Gapyeong Station dengan penuh kebosanan. Aku nasihatkan sapa2 yang ingin pergi ke Pulau Nami, silalah beli tiket ITX-CheongChun awal2 di Internet. Huhuhu

Menunggu ITX-CheongChun

Pukul 5.01 petang kami bertolak balik ke Cheongnyangni Station. Destinasi percutian seterusnya adalah Dongdaemun.












Dongdaemun berada di Dongdaemun Station Subway  Line 1. Untuk ke sana, kami bertolak dari Cheongnyangni Station Subway  Line 1  menuju ke Dongdaemun Station (Line1 dan keluar melalui Exit 1 atau 6). 

Disebabkan terlalu penat dan suhu yang sangat sejuk, kami hanya sempat mengambil gambar di Dongdaemun Gate (Great Eastern Gate) , Dongdaemun Stadium dan kawasan sekeliling. Tiada aktiviti menghabiskan duit di sini. Hehehhe...


Tapau Strawberi di Hoegi Station. 7,500 Won


Demam lepas main salji. Kaki pun jadi buruk. :P
Aktiviti terakhir di hari ketiga ini disudahi dengan upacara mengeringkan stokin dan kasut di hotel. Sekian Percutian di Hari Ketiga. 

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.