Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 6


Bukchon Hanok Village


1. Bukchon Hanok Village
2. The National Folk Museum of Korea
3. Gyeong Bok Gung Palace
4. Gwanghwamun Plaza
5. King Sejong Museum
6. Insadong


Lambat sikit update percutian hari ke-4 disebabkan masalah teknikal post2 sebelum ni. Semua gambar2 hilang. Huhuhu...

Destinasi pertama kami pada hari ke-4 ini adalah Bukchon Hanok Village. Diringkaskan cerita, kami bergerak dari hotel penginapan menuju ke Hoegi Station untuk menuju ke Bukchon Hanok Village.

1. Bukchon Hanok Village

Bukchon Hanok Village adalah sebuah perkampungan tradisional Korea yang berusia lebih 600 tahun yang terletak di antara Gyeongbok Palace , Istana Changdeok dan Jongmyo Shrine Royal. Ciri2 binaan di era Dinasti Joseon masih kekal dipelihara untuk membolehkan pengunjung merasai suasana era Dinasti Joseon. (Sumber Wiki)


Bukchon Hanok Village terletak berdekatan dengan Anguk Subway  Line 3 . Untuk ke sana, kami menaiki train daripada Hoegi Station (Line 1) menuju ke Jongno 3(sam)-ga Subway  Line 1 kemudian di Jongno 3(sam)-ga Subway, transfer ke  Line 3  menuju ke Anguk Subway  Line 3  dan kelur melalui Exit 2. 

Map Bukchon Hanok Village di hadapan Anguk Subway Exit 2

Berlatar belakang The Constitutional Court of Korea

Bukchon Hanok Village mempunyai kawasan yang sangat luas. Amat penting untuk mendapatkan info yang cukup mengenai Bukchon Hanok Village agar lawatan ke Bukchon Hanok Village tidak di sia2 kan. Essemen.. :P . Oleh itu, Tourist Map of Buckhon sangat penting di sini. Di mana untuk dapatkannya? Sila ke Tourist Information Center yang terletak lebih kurang 100m dari Anguk Subway. 

Tourist Map of Bukchon yang boleh didapati di Tourist Information Office. (Percuma)

Map ini sangat berguna sebab ia menyediakan laluan lokasi cadangan untuk dilawati. Ikut saja panduan Recommended Course yang telah ditanda pada map. Selain itu, ia juga menyenaraikan aktiviti2, Guest House, Museum dan galeri yang ada di Bukchon.


Tourist Information Office yang terletak di Bukchon. Lebih kurang 100m daripada Anguk Subway
Mengelilingi kawasan Bukchon dengan berjalan kaki di laluan berbukit bukau dalam suhu yang sejuk memang menyakitkan kaki. hehehhe.. Tapi bila melihat keunikan kawasan ini, semua tu telah dilupakan. Perlu diingat, sepanjang melalui kawasan Bukchon, anda dinasihatkan agar tidak membuat bising kerana kawasan yang akan dilalui sepanjang pengembaraan di Bukchon adalah kawasan kediaman. 

 


Senibina Kediaman di Bukchon

 


Workshop Ntah apa benda.. Lupa dah
Antara Workshop yang disediakan adalah Traditional Workshop Experiences bertempat di :-

1.  Mr Gallery
2. Sim Hwa-suk Janji Workshop
3. Rhee Ki-Tai Traditional Folk Kite Workshop
4. Haneul Mulbit Workshop.

Anda boleh mengikuti Workshop2 yang disediakan dengan bayaran yang sangat berpatutan. :)






Dilarang Mengendap

Peminat KPOP pasti akan borong poster di sini. Heheh




Mengambil gambar dari tempat Photo Spot

Lokasi Photo Spot. Ambil gambar di sini untuk pemandangan yang menarik



Antara Laluan yang perlu ditempuhi



Gadis - Gadis Korea ini sedia membantu anda di sekitar Bukchon. Mereka juga boleh bertutur Bahasa Inggeris walaupun tidak lancar.

Masih larat lagi untuk mendaki?

Tangga Tercuram Di Dunia. Hahhahaha (Auta)


Kediaman yang unik
Laluan sepanjang Bukchon mencabar kesabaran kami. Cuaca sejuk menyebabkan peluh kami tidak keluar. Hehehehe.. Selesai berjalan2 sekitar Bukchon, kami menuruni kawasan bukit untuk ke lokasi seterusnya iaitu The National Folk Museum of Korea yang terletak bersebelahan dengan Bukchon. :)

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.