Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 7

Setelah selesai melawat kawasan Bukchon Hanok Village, destinasi kami seterusnya adalah National Folk Museum of Korea yang terletak tidak jauh dari kawasan Bukchon. Hanya perlu berjalan kaki untuk sampai ke sana.

Pemandangan National Folk Museum of Korea dari Bukchon 


2. National Folk Museum of Korea

National Folk Museum of Korea adalah sebuah muzium yang terletak di halaman Istana Gyeongbok, Seoul, Korea Selatan. Muzium ini menyimpan lebih kurang 4000 artifak dan alat-alat yang digunakan oleh masyarakat Korea pada masa lalu hingga sekarang.

Di sini terdapat kawasan - kawasan pameran (rumah tradisional,Pagoda, dll), perpustakaan dan muzium. National Folk Museum of Korea dibuka setiap hari kecuali hari Selasa. Masuk adalah percuma.

Pintu Masuk Folk Museum of Korea

Pagoda
Rumah Tradisional


Hampir 2 jam kami berlegar2 di kawasan ini, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Gyeong Bok Gung Palace yang terletak bersebelahan Folk Museum of Korea.

3. Gyeong Bok Gung Palace


Merupakan sebuah istana diraja yang terletak di utara Seoul , Korea Selatan .  Telah dibina pada tahun 1395, kemudian dibakar dan ditinggalkan selama hampir tiga abad, dan kemudian dibina semula pada tahun 1867, ia merupakan istana utama dan terbesar daripada Lima Istana Grand dibina oleh Dinasti Joseon .Nama tersebut bermaksud "Palace" [Gung] "Kompleks ini Diberkati oleh Syurga" [Gyeongbok]. Pada awal abad ke-20, banyak istana telah dimusnahkan oleh Empayar Jepun . Sejak itu, kompleks istana berdinding telah secara beransur-ansur dipulihkan kembali kepada bentuk asalnya. Pada 2009, kira-kira 40% daripada bilangan asal bangunan istana masih berdiri atau dibina semula. -wiki-

Gyeong Bok Gung Palace mempunyai beberapa pintu masuk. Kami masuk ke Gyeong Bok Gung Palace daripada National Folk Museum of Korea. Kiranya kami masuk melalui gate di belakang. Bayaran 3,000 won (RM9.00) dikenakan untuk masuk ke tempat ini.


Tiket masuk ke Gyeong Bok Gung Palace

Kawasan Gyeong Bok Gung Palace sangat luas. penat daripada Buckhon belum habis lagi... sekarang ni penat di Gyeong Bok Gung Palace bakal tiba.. hahahha..
Kebanyakan tempat2 di disini hanya boleh dinikmati daripada luar sahaja.. Tidak dibenarkan untuk berada di dalam. :)

Untuk pengetahuan semua, Tempat ini merupakan salah satu tempat perlancongan wajib sekiranya berkunjung ke Seoul. Jadi, jangan lupa untuk singgah ke sini. Okey. :)







 



Di sini juga ada disediakan pakaian tradisional Korea untuk dicuba secara percuma. Kalau nak cuba pakaian tu, kena daftar dulu. Kami tidak sempat untuk mencuba sebab pendaftaran telah ditutup. Uhuhuhu.. Rugi...


Tempat mencuba pakaian tradisional korea. Lokasi : Di sebelah kiri Pintu Masuk Utama Geong Bok Gung Palace

Selesai menghabiskan masa di Geong Bok Gung Palace, Kami keluar dari situ melalui Pintu Utama. Keluar saja dari situ, nampak pula manusia berdiri macam patung betul - betul di luar Gate. Ingatkan mereka adalah pengawal tempat ni. Muka sangat bengis, riak waja yang tidak senyum dan mata mereka sungguh tajam memandang. Gerun tengok mereka macam tu. Bergambar dengan mereka tidak menjadi masalah tapi jangan sesekali sentuh mereka atau sentuh peralatan mereka.. Silap2 kepala kita kena ketuk. Hehehhee.

Hampir 1o minit mereka berdiri kaku, rupa2nya mereka akan buat persembahan. Kami tak tahu apa jenis persembahan yang diorang buat sebab tak faham apa yang diperkatakan oleh jurucakap di sana.. Hahahha. Layankan aja laaa....


 



Klik sini untuk lihat Video

Pengembaraan di Geong Buk Gong Palace diakhiri dengan bergambar di Gwanghamun Plaza berlatar belakang Gate Utama Geong Buk Gong Palace. Pemgembaraan hari ke empat part 3 akan bersambung. :)

 

2 comments:

  1. ad.. ko xdapat pakai.. ko beli la bawa balik..lepas tu sewa...hahha

    ReplyDelete

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.