Google Adsense

Tips Percutian Ke Korea Selatan 1


Ini merupakan perjalanan berani mati kami (suami isteri) yang pertama ke Luar Negara. 17 Februari - 22 Februari 2013. Kalau ikutkan rancangan awal, perjalanan kami akan ditemani oleh Student Malaysia yang berada di sana, namun disebabkan masalah yg tidak dapat dielakkan dan bajet yang tersangat la kurang, kami memutuskan untuk bercuti tanpa pemandu arah. :P. 

Pemandangan Seoul
Aku dah pesan awal2 dengan bini aku, bunyinya lebih kurang mcm ini "kalau kita tidak dapat hidup dengan suasana di Korea Selatan nanti, maka dengan ini saya mengisytiharkan, kita akan lepak di hotel sehingga hari terakhir percutian". Hahahahaha.


Sebenarnya ramai student Malaysia yang berada di Seoul, Korea Selatan menawarkan perkhidmatan sebagai guide untuk pelancong - pelancong yang inginkan percutian bajet. Cas yang dikenakan rata - rata antara RM1700 - RM1900 seorang untuk percutian selama 6 hari 5 malam.


Ini adalah contoh laman facebook yang menawarkan pekhidmatan percutian di Seoul secara bajet.





Banyak lagi tapi tak dapat untuk listkan semua. Sila search sendiri di Facebook. :P


Persediaan yang perlu dibuat kalau nak bercuti ke Seoul untuk pertama kali (tanpa guide) memang banyak. Bermula dari pakaian, makanan, pengangkutan, penginapan dan juga tempat2 yang bakal dikunjungi perlu dibuat sendiri. Tiap malam, aku akan cari maklumat2 berkaitan Seoul melalui Pakcik Google.  dan akhirnya maklumat tersebut dengan bantuan pakcik google aku dapat dari website ini :-





4. Korea Tourism Organization (Laman Rasmi Korea Tourism)
6. Cyber Station - Seoul Subway Map (Sangat berguna sebab 90% perjalanan kami di sekitar Seoul adalah menggunakan Subway.
8. Google Map Street View (Berguna untuk memahami persekitaran kawasan Seoul. Street View akan membawa kita terus ke Seoul seolah2 kita berada di sana. Jadi bila dah sampai waktu ke Seoul, kita tak akan janggal dengan suasana Seoul)

Google Map Street View


No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.