Google Adsense

Tips Persediaan Percutian Ke Korea Selatan

Pada awalnya, kami sebenarnya tidak terlalu memikirkan persediaan untuk ke Korea Selatan sebab sudah ada pelajar yang akan menguruskan segala tentatif, penginapan serta makan minum kami sepanjang kami berada di Seoul. 





Namun, atas sebab beberapa masalah dan inginkan cabaran pengembaraan (kunun2 la hahaha), kami berdua mengambil keputusan untuk tidak mengambil khidmat pemandu pelancong. 

Ini adalah antara persediaan yang kami lakukan :-


Persediaan Pakaian

1. Baju Sejuk
Kami tak beli baju sejuk yang baru sebab mahal sangat. Paling murah pun dalam RM250    selepas diskaun. Jadi kami pergi cari baju sejuk di Bundle Tawau, Sabah. Sehelai RM30.00. Sangat murah jika dibandingkan dengan harga di kedai. Tapi ada member bgtau, baju sejuk di bundle tawau boleh dapat RM10.00 sehelai. WAH!!!!...  

2. wool socks, Winter Ear Muff, Scarf, Sarung Tangan.
Semua kelengkapan di atas kami beli di kedai Daiso. RM5.00 sepasang. 

3. Long John.
Long John pula beli di Internet. RM30.00 sepasang. Kalau beli di Kedai, buta2 terbang RM130 sepasang. Fuh~. Apa sebernnya long john ni?? 

Sedikit info mengenai Long John

Long john ialah sejenis pakaian yang dipakai untuk mengelakkan hawa sejuk masuk dalam badan. Tak perlu pakai baju sejuk berlapis-lapis kerana selain menjimatkan ruang, longjohn ini dapat menghalang udara sejuk menyaluti badan (Ayat Copy Paste)


4. Kasut
Oleh kerana nak jimat, kami hanya guna kasut sport lama kami. :).  


Persediaan Makanan


Korea Selatan merupakan sebuah negara bukan Islam. Jadi sangat susah untuk mendapatkan makanan yang diyakini halal. Makanan halal hanya boleh didapati di beberapa tempat sahaja antaranya Kawasaan Itaewon (Kawasan Muslim) dan beberapa restoran lain di luar Kawasan Itaewon. Oleh itu, kami telah memborong makanan2 dari Malaysia untuk dibawa ke Korea Selatan.  

1. Makanan dalam Tin. (Kari Daging, Kari Ayam, Ikan Bilis)

2. Roti (Beli di LCCT)

3. Cokelat (Beli di Pulau Labuan sebab cokelat di sana murah berbanding di tempat lain). Cokelat sangat penting pada musim sejuk sebab perut akan sentiasa lapar. Jadi cokelat ni boleh la dijadikan sebagai alas perut selain roti.)


Persediaan Penginapan

Ada beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan tempahan hotel di seluruh dunia. Antara yang terkenal adalah www.booking.com, www.agoda.com, www.asiarooms.com, dll. Kami telah tempah hotel melalui Laman Web www.booking.com . Sebabnya apabila menempah hotel di booking.com, kita tidak perlu membayar tempahan hotel melalui laman web. Masa nak Check In di hotel barulah bayaran dibuat. Dengan erti kata lain, Book Now, Pay Later. :P

Tips : tempah 2 - 3 hotel di booking.com supaya kita akan lebih dapat banyak pilihan dan sebagai backup sekiranya kita ingin menukar hotel pada saat - saat akhir. :)


Bantuan Sokongan

1. Aplikasi Smartphone
Seoul Subway Map - Sangat berguna semasa menggunakan Subway di Seoul. Boleh didapati dalam versi English da Korea



Learn Korean Phrasebook - Pelajari Asas bahasa korea dengan mudah. 





2. Buku Nota

Tulis kesemua destinasi yang ingin dituju ke dalam buku nota. Pilih destinasi2 yang berdekatan yang boleh dilawati dalam sehari. Ia boleh jadi panduan untuk perjalanan anda nanti. 


3. Peta Subway.

Walaupun aku dah install Seoul Subway Map ke dalam Smartphone, peta dalam bentuk hardcopy sangat penting sebagai backup sekiranya smartphone dah kehabisan bateri.

Metro Seoul Subway




4. Power Bank.

Aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia gila internet. Di mana - mana pun aku perlukan internet. Maklumlah, setiap jam kena update status. Hahahha. Jadi Smartphone mesti mempunyai power yang cukup. Oleh itu, Power bank sangat penting sebagai backup power smartphone. 




Sedikit info tambahan. Hampir semua kawasan di Seoul dilengkapi WIFI Zone. Malah di Subway, Bas Awam sekalipun ada disediakan WIFI Zone. Antara perkhidmatan WIFI yang terkenal adalah Olleh WIFI. Tapi malangnya perkhidmatan WIFI ini bukanlah percuma. Pengguna akan dicas ₩1,300 (RM3.90) untuk sejam dan ₩3,300 (RM9.90) untuk 24 jam. Untuk akses ke WIFI Zone, kita perlu beli WIFI ID yang boleh didapati di kedai - kedai serbaguna serbaneka seperti di 7-Eleven dan GS25.

Olleh WIFI Zone




5. Tripod Camera

Tripod camera sangat penting bagi pengembara seperti kami yang akan melancong berdua. Kalau tiada tripod, alamatnya tiada lah gambar secara berpasangan. Jadi, tripod camera sangat penting. Harga tripod yang kami beli adalah RM30.00. (Kualiti tak seberapa elok)


Itu saja persediaan kami. :)

1 comment:

  1. Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

    Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

    Jika ada yang ingin ke Ulsan saya boleh bantu dari segi informasi.

    ReplyDelete

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.