Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 8

Kembali lagi setelah sepi untuk hari keempat di Seoul, Korea Selatan. Sibuk la konon.. :P
Kisah kami di Seoul diteruskan.... :)



3. Gwanghamun Plaza dan King Sejong Museum

Destinasi seterusnya adalah Gwanghamun Plaza, dan King Sejong Museum. Kedua2 tempat yang kami lawati ini berada dalam satu kawasan. 

Tidak banyak yang menarik di sini melainkan sejarah berkenaan sejarah King Sejong. 






4. Insadong

Insadong merupakan kawasan membeli belah. Pelbagai jenis kraftangan, pakaian, dll dijual di sini. Insadong adalah kawasan popular bagi pelancong2. Kalau dah sampai di Gwanghamun Plaza, rugi la kalau tak singgah ke Insadong. :) 

Untuk ke Insadong daripada Gwanghamun Plaza, naik subway  Line 3  daripada Stesen Gyeongbokgung dan turun di stesen Anguk Subway  Line 3  (Exit 6)

ataupun

kalau larat, boleh la jalan kaki menuju ke sana sebab beza 1 stesen saja dari Gyeongbokgung ke Anguk Subway. Kami

Laluan Utama Insadong

Kalau ikut info, Laluan Insadong ini sejauh 700 meter. Di sepanjang laluan inilah terdapat pelbagai barang keperluan harian, pakaian, pakaian tradisional, kraftangan dan cenderahati dijual. 

Peta Insadong

Antara tempat yang menarik perhatian kami di Insadong ni adalah Ssamzie Market.

Ssamzie Market
Uniknya tempat ni, laluan untuk menuju ke tingkat atas. Susah untuk dijelaskan. Hehhehe.. Bentuk bangunan memang unik. Di tingkat atas pula, terdapat tempat romantik la konon2nya... Sesuai untuk tangkap2 gambar.. :) 






Sambil berjalan - jalan di kawasan Insadong, terserempak pula kedai ni. Tertarik juga la hati kami untuk melihat-lihat barang2 yang dijual di sini. Masuk saja kami ke dalam kedai ni, memang terkejut beruk sebab Makcik dan kakak empunya kedai ni boleh cakap Melayu. Walau tidak lancar, sekurang2nya kami boleh berkomunikasi. 

 

"Kakak... Kakak, Baju Kakak.. "


Kami habiskan masa membeli cenderahati di kedai ni. Kalau ada kawan2 yang terima cenderahati dari kami, ianya datang dari kedai kakak ni. :P

Selesai membeli belah, kami masih teruskan perjalanan di sekitar laluan Insadong. Satu lagi tempat yang menarik perhatian kami adalah gerai jual Badam. Makcik empunya gerai ni saaaaaaangat peramah dan dia boleh berkomunikasi Bahasa Inggeris. Walaupun aku tak berapa nak faham apa dia cakap, tapi dia kata gerainya sangat popular di Seoul. Dia kata Syarikat TV selalu datang buat program TV. Makcik ni siap letak gambar2 dia masuk tv lagi. Fuh. Salah satu strategi pemasaran. :P Kacang badam yang dia jual sangat sedap. kami beli 1 bungkus (10,000 Won). Mahal juga la tapi x apa la sebab isteri suka makan.. :). 

Bergambar dengan Makcik Gerai Jual Badam. :P

Kacang Badam yang dibeli

Percutian hari ke 4 berakhir di sini. Ntah bila lagi ada mood untuk teruskan entri untuk hari ke 5. :P

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.