Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 9

Mengikut jadual yang telah aku buat, hari ke 5 ini kami akan pergi ke tempat - tempat berikut :-

1. COEX Mall
2. Myeong Dong
3. Namdaemun Market.


Tapi setelah ditimbang - timbang, difikir2 secara waras, aku putuskan untuk pergi dahulu ke Lotte World. Alang2 dah sampai Seoul. :)

Jadi, macam biasa kami akan menaiki Subway  Line 1  daripada Heogi, turun di Sinseol-dong, kemudian transfer  Line 2  menuju ke Jamsil Station. (Klik sini untuk ketahui bagaimana untuk ke Jamsil Station daripada Hoegi)

Keluar saja dari keretapi, lihat penunjuk arah ke Lotte World. Lotte World terletak berdekatan dengan Subway. :)

Harga tiket 1Day Special Pass ke Lotte World adalah 34,000 Won (RM102.00). Mahal kan. :(
Tiket boleh dibeli melalui kiosk ataupun beratur di kaunter yang sesak dengan manusia. :P


Gambar sekitar di Lotte World





Lotte World Outdoor

Pertunjukan di Pentas Utama


Lotte World Indoor

Lotte World Indoor




Malang nasib kami sebab terlalu ramai orang yang berkunjung ke Lotte World pada hari ini. Tak dapat merasa semua game sebab barisan terlalu panjang. Fuh... x sanggup mau berbaris...  Jadi kami habiskan masa melihat drama muzikal di pentas utama Lotte World.

Aktiviti kami di Lotte World  tamat pada pukul 2.00 pm di Lotte World sebab ingin meneruskan pengembaraan di hari ke - 5 menuju ke COEX Mall. :)


2. COEX Mall

Sedikit info, COEX Mall merupakan Shopping Complex bawah tanah yang terbesar di Asia. -wiki-. 

Untuk ke COEX Mall dari Lotte World, kami mulakan perjalanan dari Jamsil Station menuju ke Samseong Station  Line 2  Exit 5 atau 6. :)



Aktiviti kami di COEX Mall adalah untuk pergi ke COEX Aquarium. Lebih kurang macam Aquaria KLCC. Sepanjang perjalanan menuju ke COEX Aquarium, kami sempat jg menyinggah di beberapa tempat sekitar COEX Mall. 

 

Melukis Potret dengan Samsung Galaxy Note 2

Siok diorang main game.

Di COEX Aquarium - Bayaran masuk ke Aquarium adalah 19,500 won. Klik sini untuk info COEX Aquarium. Memang best dapat melihat hidupan2 darat dan laut di sini. Yang paling mengagumkan bila dapat melihat penguin dari dekat. Sungguh comel. :)

Gambar di COEX Aquarium.






















Selesai di COEX Aquarium, destinasi kami seterusnya adalah Myeong Dong. Bye2 COEX Mall. :).

Bersambung....


No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.