Google Adsense

Aku Kembali Ke Korea Selatan (Hari Kedua 8 Mei 2013)

Hai, hari kedua di Pulau Jeju bermula dengan sarapan pagi di Yeha Guesthouse. Kalau nak sarapan, kena masak sendiri. Sorry, tiada orang gaji disediakan di sini. :P.  Semua bahan masak dan peralatan telah disediakan oleh pihak Guesthouse. 

Sarapan Roti, Cheese, Telur mata dan Jus Oren.

Pemandangan sekitar Pulau Jeju dari Guesthouse

Selesai makan, bermula lah aktiviti melawat tempat - tempat menaik di Pulau Jeju. Antaranya :-

1. Hallim Park
2. Suweolbong
3. Spirited Garden
4. Via Althr Airfield
5. Mt. Sanbang
6. Cheonjeyeon Waterfall



Di Jeju, aku gunakan perkhidmatan YEHA Bus Tour untuk ke lokasi - lokasi ini melalui pakej yang telah disediakan. Bayaran yang dikenakan pula adalah 79,000 Won (RM250++). Nampak tidak berapa menarik bila ambil pakej. Sebabnya, kita asyik terkejar2 dari satu tempat ke tempat yang lain. Rasa tak puas. Dan lagi satu, kalau kita terlewat untuk naik bas, mereka akan tinggalkan kita dan minta kita pergi ke destinasi seterusnya dengan menaiki teksi. Aiya,....  Inilah sebabnya aku tidak suka melancong guna pakej. 

Tapi, apa boleh buat, Disebabkan tiada masa mau cari info pasal Pulau Jeju, maka terpaksa lah aku gunakan perkhidmatan Tour Guide.


Inilah bas yang digunakan sepanjang lawatan

Tour Guide yang cantik molek.

Lokasi pertama adalah Hallim Park.
http://www.hallimpark.co.kr/engli/main.htm

Info Hallim Park
Hallim Park, located western 33km away from Jeju City and west of Mt. Hallasan along the beach in Hallimeup, is one of the most popular tourist spots on Jeju Island.
Hallim Park, almost 100 thousand square meters, has a variety of gardens that can be enjoyed in any season. Visitors can enjoy checking out Palm Tree Road, Jeju Stone and Bonsai Garden, Water Garden, Subtropical Botanic Garden and much more. The most famous tourist sites in Hallim Park are Hyeopjaegul and Ssangyonggul Caves known to be the only two-dimensional caves in the world. In addition, a folk village, children's amusement park and outdoor resort facilities make it enjoyable for both children and adults. - Copy paste dari Yeha Website



Hallim Park Map

Hallim Park merupakan tempat wajib lawat klu korang pergi ke Pulau Jeju. Hehehhe. Mengikut info, di sini terdapat pelbagai jenis tumbuh - tumbuhan yang ditanam oleh seorang warga korea yang bernama Bong Gyu Song. Beliau mula menanam tumbuh2an di sini bermula tahun 1971. Pelbagai jenis tumbuh2an yang diimport dari luar negara telah ditanam di sini termasuk Negara Malaysia, Negara Indonesia, Negara Zimbabwe, dan Negara Pasing Berdengung .

Di Hallim Park, dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu :-


1. Palm Tree Avenue



2. Wild Grass & Flower Garden




3. Hyeopjae & Ssangyong Cave

Gua di Hallim Park

Patung Berhampiran Gua di Hallim Park

4. Jeju Stone & Bonsai Garden




5. Bird Garden




6. Jae-Am Folk Village


7. Jae-Am Stone Exhibit Hall


8. Water Garden
Hallim Park
Kolam Ikan di Hallim Park
9. Subtropical Botanic Garden
Pokok Betik di Hallim Park. (Belakang rumah belambak Hahahha)
Pokok Pisang pun ada di Hallim Park.
 


Lokasi Kedua pula adalah Suweolbong.

Many people find that the sunset here is comparable to Sarabong. From the top of Suweolbong, you can see Chagwi Island, Dansan, Jukdo Islet, and even Songak Mountain with a telescope. Suweolbong has a legend about a brother and a sister who were devoted to their parents. The legend has it that Noko and Suweol, brother and sister, were looking for 100 kinds of medical herbs for their sick mother. After rummaging everywhere, they finally found all of the herbs but one, the root bark of various araliaceous shrubs. They learned that the plant grew on the cliff of Suweolbong. So, Suweol climbed up the cliff and picked the herb. - Copy paste.

Agak penat juga berjalan kaki di kawasan ini. Tapi kepenatan tu berbaloi sebab menikmati keindahan alam dan udara yang segar. Fuh~



Dalam perjalanan menuju ke Suweolbong

Kincir Angin
Pemandangan di Suweolbong

lagi Pemandangan di Suweolbong

Pemandangan di Suweolbong lagi. hehehe
Laluan sepanjang Suweolbong


Lokasi ketiga Spirited Garden

A garden starts from a farmer's small thoughts. Since 1968, Spirited Garden director, Seong Bum-Young, has cut rocks, made his own oreum, searched for trees all over the country and planted them here. It is now the world's largest botanical garden with a total landscape of approximately 39,700m². This garden is rich with maple trees, wisterias and pine trees that are between 30 to 300 years old.
Roughly 100 rare species of trees can also be found in the garden. You will be able to see what a long way one man's tenacity and effort can go.






Lokasi keempat Via Althr Airfield

Althr Airfield was a military base camp of Japanese army. This is where today's peaceful Jeju Island is juxtaposed against a remainder of Jeju's sad part of history.




Lokasi kelima .Mt Sanbang

Sanbangsan Mountain is the result of violent volcanic activity some 700,000 to 800,000 years ago and is in fact a huge body of lava. The cliffs on the southern side of the lava dome are marked with a rich variety of curious formations such as weathering pits and talus scree slopes, some of which are as high as 200m. As its name 'sanbang' – literally meaning 'a cave inside a mountain' – suggests, this mountain contains a cave, which is located about 150m above sea level and has a spectacular view out over the ocean. Due to its close location to the sea and its high elevation, the peak is often ringed with clouds. The upper slopes of the mountain have their own distinct climatic conditions and are protected for their value for botanical research.

Lokasi seterusnya adalah Mt Sanbang. Serius memang penat memanjat di sini. Rasa menyesal pun ada. Nasib baik di atas tu ada gerai jual air mineral.. Anda dinasihatkan untuk berlatih terlebih dahulu di Malaysia sebelum naik ke tempat ni. ok. :P 
Pemandangan Mt Sanbang daripada Via Althr Airfield

Mt Sanbang

Patung Buddha di Mt Sanbang

Pemandangan sekitar kawasan dari atas Mt Sanbang

Keindahan alam semulajadi di Mt Sanbang

Berlatar belakang pantai.


Lokasi terakhir adalah Cheonjeyeon Waterfall ataupun Teddy Bear Museum.

Untuk lokasi terakhir, aku memilih untuk pergi ke Cheonjeyeon Waterfall. Sebabnya, masa februari lepas, aku dah pernah pergi ke Teddy Bear Museum. Mungkin tidak banyak perbezaan Teddy Bear Museum di Seoul dan Jeju. 

Si Cantik Molek memeberikan penerangan

Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Cheonjeyeon Waterfall 

Ciptaan Tuhan sungguh indah. :)

Lagi ciptaan Tuhan yang memukau pandangan. :)

Selesai pengembaraan bersama YEHA Tour Bus, aku minta driver bus turunkan aku di kawasan bandar. Petang tu aku habiskan masa berjalan - jalan di kawasan bandar sebelum pulang ke Guesthouse.




Aktiviti seharian di Pulau Jeju telah selesai. Kalau nak diikutkan, masih banyak lagi tempat yang belum diterokai. Apa boleh buat. masa tidak mengizinkan. Malam ni kena tidur awal sebab esok pukul 7.00 pagi perlu sampai ke Airport. Insyaallah jika ada masa dan rezeki, "Jeju..... aku pasti datang lagi".

1 comment:

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.