Google Adsense

Aku Kembali Ke Korea Selatan (Hari Ketiga 9 Mei 2013) Part 1/2



9 Mei 2013. Hari ni perlu bangun awal pagi sebab pagi ni kena bertolak semula ke Seoul. Rasa tak puas berada di Jeju. Banyak tempat yang belum diterokai. Tapi tak apa, anggap saja ini sesi suai kenal dengan persekitaran Pulau Jeju. Insyaallah suatu hari nanti aku akan datang semula ke Pulau Jeju. 

Lepas sarapan, pukul 6.30 pagi aku check out dari Yeha Guethouse, kemudian ambil teksi ke Jeju International Airport. Kali ini, penerbangan balik ke Seoul, aku gunakan penerbangan Easter Jet. Hehehehe. Kalau ikut rancangan awal, Tiket pergi dan balik dari Gimpo - Jeju - Gimpo sepatutnya aku naik Easter Jet tapi khuatir sebab masa tiba di Jeju agak lewat iaitu pukul 8.35pm, jadi aku putuskan untuk beli 1 lagi tiket ke Jeju guna T'Way. Hehehehe..

Tiket Penerbangan Gimpo - Jeju - Gimpo
Jeju International Airport
Jadual Penerbangan Jeju Int Airport


Sampai saja di Jeju Int Airport, aku segera Check in kemudian lepak di luar airport sambil menikmati bekalan rokok dari Malaysia.
Lepak mengirup Asap Rokok bersama Ah jussi
Penerbangan ZE202 berlepas pukul 8.25 am. Keadaan dalam pesawat ini sedikit uzur berbanding penerbangan Tway. Aku lebih suka penerbangan TWay. Tapi ada orang kata Jeju Air lagi menarik. :P X pa la.. yang penting selamat tiba di Gimpo Airport sudah memadai. :)

Selamat Datang Ke Penerbangan Kanak - Kanak Riang Easter Jet

Penerbangan ke Seoul agak lancar. Sempat sambung tidur kejap. hehehe. Dan akhirnya aku tiba di Gimpo Airport. 
Selamat Datang Ke Gimpo Airport

Menaiki Bas Ke Terminal Ketibaan

Destinasi seterusnya setelah tiba di Gimpo Airport, aku pergi ke Guesthouse yang telah aku book dari www.booking.com iaitu Kimchee Dongdaemun Guesthouse. Kadar penginapan semalan lebih kurang RM45.00. 

Untuk ke Kimchee Dongdaemun Guesthouse, laluan yang aku gunakan adalah Arex Commuter bermula dari Gimpo Airport Station dan berhenti di Seoul Station. Kemudian transfer ke Seoul Station (Line 1) dan berhenti di Jongno 5-ga Station (Line 1) ambil Exit 3 atau 4.

Laluan ke Kimchee Dongdaemun Guesthouse

Laluan ke Guesthouse agak sunyi namun selamat kepada pelancong

Aku sampai di Guesthouse lebih kurang pukul 12.30 pm. Bila aku nak buka pintu guesthouse, pintu kena lock. Eh, tak kan tutup. Aku cuba bercakap melalui intercom, kemudian, pekerja guesthouse tu turun. Aku bagitau dia yang aku ada book katil di sini. Dia kata tak boleh check in sebab katil tak ready lagi. dia minta aku datang pukul 3.00pm sebab masa check in adalah pukul 3.00pm. Aiya... bala menimpa.. Mana aku mau letak beg2 yang aku bawa. (2 Beg sederhana, 1 Beg Kecil). Akhirnya terpaksa la aku usung semua beg tu pergi berjalan2 sementara menunggu pukul 3.00pm. Sebelum tu, aku ada la tanya dia kenapa pintu guesthouse ni dikunci? Dia kata, ramai orang curi - curi masuk tidur dalam bilik. Sebab tu diorang kunci pintu. Owh.. gitu rupanya...

pssst.. sebenarnya pintu dikunci bukan sebab orang curi-curi masuk tidur dalam bilik... ada sebabnya.. tapi nanti aku ceritakan... 



Sementara menunggu pukul 3.00pm, aku meneruskan hajat yang sebelum ini tidak kesampaian pada Februari 2013 Sila klik sini, akhirnya aku putuskan untuk ke Namsangol Hanok Village iaitu destinasi yang sepatutnya aku lawati ketika bulan Februari lepas tapi terpaksa dibatalkan sebab masa tak cukup. 

Untuk ke Namsangol Hanok Village, sila naik Subway Line 1 di Jongno 5-ga Station, Transfer ke Subway Line 3 di Jongno 3(sam)-ga Station dan berhenti di Stesen Chungmuro. Sila ambil Exit 3 atau 4. 

Lokasi Namsangol Hanok Village

Tidak banyak yang aku tau pasal Namsangol Hanok Village. Yang pastinya ia merupakan salah satu tempat bersejarah. :P Masuk ke sini adalah percuma. :)



Pintu Gerbang Namsangol Hanok Village

Namsangol Hanok Village

Rekacipta atap yang unik.

Rumah Tradisional di Namsangol

Berlatar Belakang N Seoul Tower

Percutian di Seoul kali ini, aku kerap terjumpa orang2 dari Asia Tenggara. Indonesia, Thailand, dan Malaysia berbanding ketika lawatanku ke Seoul Februari lepas. Banyak juga warga Malaysia di sini. Antara yang menegur aku masa di Namsangol Hanok Village adalah 3 gadis Malaysia ni. (Gambar di bawah). Azura, Fatimah dan Nurin. Kalau diorang x tegur aku, konfem aku buat muka sombong sebab aku bukan jenis yang mesra dengan orang lain.. kekekke.. 

Azura dan Fatimah ni satu geng, kemudian diorang dua terserempak dengan Nurin di Seoul. Akhirnya, mereka sama2 jadi satu geng pusing - pusing Seoul.
kami becerita2 sekejap kemudian tangkap gambar kenang2an sebelum membawa haluan masing2. 

Secara kebetulan, tiket penerbangan kami balik ke Malaysia adalah pada tarikh dan waktu yang sama. Hahaha. X sangka pula kan. Kita jumpa lagi di Incheon Int Airport nanti k. :P

Dari Kiri : Azura dan Fatimah (2 org rakan dr KL, melancong sama2 ke Seoul), Nurin dari JB. Datang ke Korea secara solo.. Busan, Jeju & Seoul, semua dia tapau. 


Gambar kenangan di Namsangol Hanok Village sebelum membawa haluan masing2.

Selesai di Namsangol Hanok Village, aku meneruskan perjalanan ke lokasi yang langsung tidak masuk ke dalam jadual yang telah ku buat iaitu KBS Exhibition Hall yang terletak di 13, Yeouigongwon-ro, Yeongdeungpo-gu, Seoul.

Bersambung.....

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.