Google Adsense

Aku Kembali ke Korea Selatan (Hari Pertama 7 Mei 2013)

Aku kembali ke Korea Selatan. Belum sempat habiskan cerita di Seoul untuk bulan Februari lepas di blog ini, aku terbang semula ke Korea Selatan untuk kali kedua dalam tahun 2013. Sugguh bertuah dapat melawat Korea Selatan dalam musim yang berbeza. :). Kiranya impian jadi kenyataan. Sebab impian untuk ke Pulau Jeju telah aku luah kan di entri tahun 2011 yang lepas. Klik sini.


LCCT

Bertolak dari Tawau ke Kuala Lumpur pada 6 Mei 2013 1030
Bertolak dari Kuala Lumpur ke Incheon pada 7 Mei 2013 0100

Pemandangan suasana waktu awal pagi di ruang udara Korea Selatan


Kelibat pesawat MAS di Incheon International Airport

Selamat Datang ke Korea



Tiba di Incheon International Airport awal 20 minit. Lepas selesai pemeriksaan Imigresen dan Kastam, aku menaiki AREX Commuter menuju ke Hongik University untuk habiskan masa menunggu penerbangan ke Jeju pada sebelah petang (1625). Mungkin masih ada lagi yang belum tahu AREX Commuter tu apa sebenarnya. Klik sini untuk lihat entri berkenaan AREX. :)

Kawasan Hongik Univ

Hello Kitty Cafe

Trick Eye Museum 

Selesai berjalan - jalan sekitar hongdae, Hongik University, aku menaiki AREX Commuter semula menuju ke Gimpo International Airport untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Jeju. :)


Menikmati Asap rokok di Gimpo Airport. Sila merokok di kawasan yang disediakan. :P

Penerbangan ke Pulau Jeju adalah pada pukul 1625 dengan menaiki T'way Air. Tiket penerbangan telah dibeli lebih awal melalui internet  dengan harga lebih kurang RM70.00.


Tiket T'way Gimpo - Jeju.


Tiket - tiket penerbangan domestik boleh didapati di sini

1. T'way Airlines - Bahasa Korea
2. Easter Jet - Bahasa Inggeris
3. Jeju Air - Bahasa Inggeris

Sedikit sukar untuk menempah tiket melalui penerbangan T'way Airlines sebab tempahan tiket hanya dibuat dlm bahasa korea. Jadi, kena la rujuk kepada yang pakar berbahasa korea sebelum membeli tiket. Disebabkan aku memang fasih berbahasa Korea (Auta.. Hahahaha) jadi tidak lah terlalu sukar bagi ku untuk buat tempahan tiket. :P 

Kaunter Daftar Masuk t'way. Kaunter dibuka 2 jam sebelum penerbangan
Penerbangan T'way 717 ke Pulau Jeju

Penerbangan mengambil masa 1 jam 10 minit. 

Pesawat berlepas dari Gimpo Airport menuju Jeju International Airport.


Hidangan di t'way. Percuma

Pemandangan Pulau Jeju dari atas

Tiba di Jeju International Airport

Kaunter Kereta Sewa berhampiran Gate 2 Bangunan Terminal


TW717 tiba dari Gimpo

Sampai di Jeju International Airport, aku terus ke Gate 2 untuk menaiki bas No 100 menuju ke Yeha Guest House City Hall. Malang nasib menimpa aku sebab turun di stesen yang salah.. Alamak, sesat la nampaknya. 30 minit berjalan kaki tapi masih x nampak kelibat Yeha Guesthouse. Hari sudah semakin lewat dan sejuk. Nasib baik ada teksi. Aku tunjukkan map pada pakcik teksi dan dia angguk tanda tahu tempat itu.. Fuh, Lega...~



Aku duduk dalam teksi dengan tenang memerhatikan kawasan sekeliling sambil melihat peta. Pelik rasa kenapa tempat yang uncle teksi ni bawa x sama seperti dalam map. Uhuhuu.. Aiya.... Rupa2nya dia hantar aku ke Rumah Kebajikan. Wahahahhaha... Pakcik ni buat lawak ka apa. Aku sapa pakcik tu " No.. no.. No...  Yeha Guest House.". Itu pakcik sedikit bengang. Dari gerak gerinya aku tau dia suruh aku call guesthouse. Tapi aku tunjukkan tanda isyarat "no phone.. no phone". Aku terus berikan dia nombor telefon guesthouse...dan akhirnya aku terselamat dari dihantar ke rumah kebajikan. kekekkeke...


Untuk makluman semua, tambang bas dari Jeju International Airport ke yeha Guesthouse City Hall adalah 950 won sekiranya menggunakan guna TMoney dan 1000 won kalau bayar cash. Oleh kerana aku tersesat, maka tambang tambahan teksi sebanyak 3500 won telah aku sedekahkan. 



Yeha Guesthouse. Sangat Selesa.

Sampai saja di destinasi, aku naik ke tingkat 6 (kalau tak silap) bangunan untuk ke Yeha Guesthouse. Tempat ni sangat selesa. Banyak kemudahan yang disediakan. Antaranya sarapan percuma, kemudahan akses Internet, Laundry, dan perkhidmatan telefon percuma (boleh buat panggilan ke nombor talian tetap di Malaysia). Bilik pula sangat best.  1 bilik boleh memuatkan 4 hingga 6 orang. Tapi malam ni teda seorang pun dalam bilik. Jadi, aku lah raja di dalam bilik ini.. hehehhehe...

Tempat Makan. Yeha Guest House

Esok pagi bangun awal untuk meneroka keindahan Jeju.

2 comments:

  1. Hi..boleh guide macam mana nk beli tiket ke jeju..? h.liyanaaziz@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. sorry lewat reply. tak da masalah.. :)

      Delete

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.