Google Adsense

Aku Kembali Ke Korea Selatan (Hari Ketiga 9 Mei 2013) Part 2/2



Di hari ketiga di korea (hari pertama di Seoul), aku meneruskan perjalanan menuju ke kawasan Yeouido di mana terletaknya KBS Exhibition Hall (Muzium Penyiaran),dan kawasan Sungai Han untuk menaiki feri.

Perjalanan bermula dari Chungmuro Station, aku menaiki Metro 3 menuju ke Jongno 3(Sam)-ga Station kemudian transfer ke Metro 5 menuju ke Yeouido Station.

Perjalanan Dari Chungmuro Station Menuju Yeouido Station




Jongno 3(Sam)-ga Station

Keluar saja dari Yeouido Station, terpaksa la berjalan sikit menuju ke KBS Exhibition Hall. Walaupun agak penat berjalan menuju ke sana, tapi disepanjang jalan terdapan tumbuh-tumbuhan berwarna warni boleh kelihatan. Jadi, boleh la tangkap gambar sepanjang jalan tu. 
Lokasi KBS Exhibition Hall daripada Yeouido Station



Petunjuk Arah ke KBS Exhibition Hall
KBS Exhibition Hall
KBS Exhibition Hall ni terletak di dalam Stesen Penyiaran KBS di Yeouido dan ia merupakan muzium penyiaran pertama yang memaparkan evolusi dunia penyiaran Korea. Kalau tidak silap, Exhibition Hall ni ada 5 tingkat.

Lobi KBS Exhibition Hall di Aras 2. Merupakan pintu masuk ke Muzium.

Di aras 2 ini, pengunjung berpeluang untuk melihat secara langsung bagaimana DJ bertugas di Studio melalui tingkap.
Siaran 106.1FM tengah ke udara. Kelihatan DJ sedang bekerja.
Pintu Masuk Utama






Studio Radio



Selesai di KBS Exhibition Hall, aku teruskan perjalanan ke kawasan Sungai Han. Tujuan utama adalah untuk menaiki feri menerokai Sungai Han. Untuk ke sana, aku kena patah semula ke Yeouido Station untuk naik Metro menuju ke Yeouinaru Station. Kalau anda larat, anda boleh juga jalan kaki menuju ke Sungai Han. Itu pun kalau larat la.. :P


Lokasi KBS Exhibition Hall ke Yeouinaru Station. Larat ka mau jalan kaki? :P


Mesin Sewa Basikal? Lokasi terletak di sebelah bangunan KBS Exhibiton Hall

Samapi saja di Yeouinaru Station, aku keluar melalui Exit 3 dan berjalan kaki ke Kaunter Tiket Hangang River Ferry Cruise. 

Lokasi Hangang River Cruise

Kalau mau tau, Hangang River Cruise ini adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati pemandangan di sekeliling sungai Han. Pemandangan paling menarik adalah pada waktu malam. Malang bagi aku sebab aku terbeli tiket sebelah petang. Jadi, keseronokan menikmati pemandangan Sungai Han sedikit terbantut. Kalau anda ingin merasai pengalaman menaiki feri ini, sila pastikan anda beli tiket untuk waktu malam. ok. :) 

Ini merupakan jadual perjalanan Ferry.

Waktu : 11:00, 13:00, 14:00, 16:10, 17:20, 22:00 (tertakluk perubahan)
Harga Tiket : 11, 000 Won / Dewasa dan 5,500 Won / Kanak - Kanak.

Kaunter Tiket

Pemandangan 63 Building daripada Feri

Waktu petang tidak ramai yang menaiki feri







Selesai menikmati pemandangan di Sungai Han, aku menghabiskan masa yang ada untuk berjalan kaki di kawasan sekitar menikmati pemandangan waktu malam. Suhu malam ni sangat sejuk. Aku lepak di tepi jambatan sebab dengar kata setiap malam ada persembahan air pancut berwarna warni daripada jambatan di kawasan ini. Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tiada apa pun yang berlaku. Mungkin aku tersilap tempat. kan... 

Inilah air pancut yang aku maksudkan. Huhhu. Copy paste dari Google

Pemandangan Malam di sekitar Sungai Han








No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.