Google Adsense

Musim Sejuk di Korea Selatan Part 10


Hai, Ku kembali setelah lama menyepi untuk update percutian di Seoul.:P 


Dalam Part 1 untuk hari ke 5 yg lepas, kami telah pergi adalah Lotte World dan COEX Mall. Di COEX Mall pula, kami sempat untuk masuk ke COEX Aquarium serta melihat - lihat suasana shopping complex bawah tanah ini.


Ok, lepas saja selesai aktiviti di sana, kami segera ke Myeong Dong. 


Myeong Dong merupakan kawasan kawasan membeli belah. lebih kurang macam Insadong. tapi kalau tidak silap Myeong Dong ni lebih luas dan di sini banyak terdapat barang - barang berjenama spt kasut, baju, alat2 kecantikan. Dipendekkan cerita kawasan ni antara syurga membeli belah kaum hawa.

Untuk ke Myeong Dong, anda boleh guna Subway Line 4 (berhenti di Myeong-dong) ataupun Line 2 (turun di Euljiro 1-ga). Pilih lah mana2 subway yang mudah dan senang untuk ke sana. Kami guna Line 2 sebab di CEOX Mall hanya ada Subway Line 2

Laluan (Line 2) dari COEX Mall ke Myeong Dong
Kawasan Myeong Dong



Kami sampai di Myeong Dong pada waktu petang, jadi suasana masih tidak sesak. Kami singgah makan di salah sebuah restoran seafood yang ada di kawasan ini. Agak sukar juga untuk cari restoran yang tidak menghidangkan "kambing pendek". Cari punya cari, akhirnya kami jumpa juga restoran yang hidangkan seafood saja. Lokasi restoran ni agak terpencil. kena masuk lorong2 kecil baru lah dapat jumpa restoran tu. (nama restoran x ingat sebab dlm tulisan korea). 

Apa yang syoknya restoran yang kami pergi ni, suasana restoran dibuat ala - ala jepun, hidangan pula hidangan jepun dan juga korea.


Makanan Jepun + Korea yang kami pesan (Harga KRW22,000 untuk 2 orang makan)



Selesai makan, kami keluar dari restoran. Rupa2nya hari sudah gelap. Kawasan Myeong Dong pun mula sesak. huhuhu.. Lama juga kami lepak dalam restoran tu.

Seterusnya kami menjelajah di kawasan Myeong Dong sampai bosan. Di bawah ni adalah gambar ketika di Myeong Dong.









Berehat Sebentar. :)

Jam menunjukkan pukul 9 malam. walaupun penat (kaki mcm mau tercabut), kami gagahkan juga untuk ke lokasi terakhir kami di Seoul iaitu Namdaemun Market.

Malang nasib kami, sampai saja di Namdaemun Market, banyak kedai sudah tutup. Rupa2nya kawasan ni tidak beroperasi waktu malam. Kalau tidak silap kawasan ini mula sunyi selepas pukul 5:00 petang. 

Namdaemun

Kedai Cenderahati yang masih buka di Namdaemun Market

Kawasan Namdaemun. Masih ada kedai yang buka

Pukul 10.30 malam kami pulang ke Hotel. Selesai sudah pengembaraan kami di Seoul. Esok hari (22/2/2013) balik Malaysia. Huhuhu...

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.