Google Adsense

Percutian Ke Hong Kong Part 1








Perjalanan kami berempat (aku, isteri, faiz, adik)  bermula dari Tawau > Kuala Lumpur > Hong Kong dan yang pastinya kami masih setia bersama Air Asia. Ada beberapa rakan yang menasihati agar menangguhkan percutian atas sebab tragedi yang menimpa industri penerbangan di negara kita baru-baru ini. Tapi aku tetap juga kuatkan semangat untuk pergi bercuti. Hehehe.

7 jam dalam kapal terbang memang memenatkan. 3 jam Tawau > Kuala Lumpur dan 4 jam penerbangan Kuala Lumpur > Hong Kong. 

Penerbangan ke Hong Kong juga ada melalui Kota Kinabalu.. tapi kenapa aku tidak pilih laluan Kota Kinabalu > Hong Kong? Ikut logik, sudah pasti lebih jimat dan pastinya jarak perjalanan lebih singkat.... 

Dari segi jarak perjalanan aku akui memang lebih singkat berbanding laluan Kuala Lumpur > Hong Kong tapi harga tiket Kota Kinabalu > Hong Kong lebih mahal berbanding harga tiket Kuala Lumpur > Hong Kong pada masa itu...

Perancangan memang penting sebelum melancong. Hehehehe. Contohnya, dari segi penginapan hotel, awal2 lagi aku suda tempah penginapan melalui laman web www.booking.com. Apa yang bestnya dengan www.booking.com, tempahan tidak memerlukan deposit. Jadi untuk lebih selamat, tempah la 2 @ 3 hotel. Mana la tau, terjadi perkara tidak diingini, sekurang-kurangnya kita masih ada tempahan di hotel lain. :)

Pukul 10.30 pagi, kami bertolak dari Tawau dan tiba di KLIA 2 lebih kurang pukul 1.30 petang sebelum menyambung penerbangan ke Hong Kong pukul 4.25 petang dan tiba di Hong Kong lebih kurang pukul 8.30 malam.

Pemandangan KLIA2 dari udara





Setibanya di Hong Kong International Airport, kami ke Terminal Utama untuk pemeriksaan Imigresen dan Kastam. Untuk ke terminal utama kena naik train ok. Kekerapan train ke terminal utama kalau tidak silap setiap 4 minit.



Perjalanan ke Terminal Utama
Semasa di kaunter Imigresen, tiba giliran aku di kaunter imigresen, aku perhatikan pegawai imigresen tu sedikit tension. Apa tidaknya nama Faiz terlalu panjang. dan aku perasan, dia asyik tekan butang F5 di Keyboard komputer. Hahaha. Aku pun x tau apa yang dia tekan tu.. Muka dia pun memang kencang masa tu. Hampir setengah jam juga la aku tersangkut di kaunter imigresen.


Selesai semua urusan, perkara pertama yang aku buat adalah beli tourist sim card. Harga Tourist Sim Card adalah HKD118. Pakej yang ditawarkan adalah 5GB local mobile data dan Unlimited local voice call. Internet di Hong Kong memang laju gila.. Sim card ini boleh didapati Kedai 1010 yang terletak di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ataupun di 7-Eleven di sekitar Hong Kong dll. Untuk pengetahuan semua, Hong Kong merupakan salah satu kawasan yang mempunyai rangkaian internet antara yang terlaju di dunia selain Korea Selatan.

Tourist SIM Card

Kelajuan Internet di Hong Kong. Memang Laju

dan yang kedua adalah Octopus Card. Octopus Card ni lebih kurang macam Kad Touch N Go. Octopus Card boleh diguna untuk menaiki bas, MTR, dan Star Ferry. dan kalau tidak silap, Octopus Card juga boleh digunakan untuk membeli belah. Harga untuk Octopus Card ini adalah HKD150. HKD50 sebagai deposit manakala HKD100 adalah tambah nilai kad tersebut. Octopus Card boleh didapati  di Kaunter Khidmat Pelanggan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong.

Octopus Card

Setelah selesai, kami keluar dari Airport menuju terminal bas yang berada di tingkat bawah airport. Lokasi tujuan kami adalah Chung King Mansion yang terletak di Tsim Sha Tsui. Kami menaiki Bas bernombor A21 untuk ke sana. Laluan bas A21 adalah daripada Airport dan berakhir di Hung Hom Station manakala destinasi kami adalah Tsim Sha Tshui. Jadi kami kena turun di perhentian Middle Road, Nanthan Road. Untuk ke Mirador Mansion atau Chung King Mansion, perhentian yang terdekat adalah Middle Road, Nanthan Road. 

Untuk makluman semua, Hong Kong International Airport mempunyai banyak papan tanda dalam bahasa inggeris. So.. jangan terlalu risau k. :)

Sila rujuk di sini untuk peta interaktif Hong Kong International Airport.
Klik sini untuk peta laluan Bas di Hong Kong

Bas A21 menuju Tsim Sha Tshui
CCTV dalam bas A21

Tingkat Atas Bas A21

Laluan Bas A21

Perhentian Bas di Middle Road

Sampai saja di Middle Road, kami terus ke lokasi penginapan di Chung King Mansion. Nasihat kepada anda agar tidak melayan orang yang lalu lalang menawarkan bilik untuk anda. Sila terus ke Lobi Lif dan berurusan di sana.

Chung King Mansion
Lokasi penginapan kami adalah di Hotel Skycity. Hotel - hotel di hong kong memang mahal. Paling murah pun lebih kurang RM160.00 dan bilik - biliknya memang sempit. Huhuhu..

Hotel Skycity

Ok. itu saja untuk hari pertama. Bersambung....


No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.