Google Adsense

Percutian Ke Hong Kong Part 2

Hari Kedua Di Hong Kong bersamaan hari Ahad. Cuaca pada hari ini lebih kurang 16 darjah celcius. Lokasi tujuan di hari kedua ini adalah Ngong Ping 360. Sedikit Info berkenaan Ngong Ping 360.


Ngong Ping (Chinese: 昂坪; pinyin: Ángpíng) is a highland in the western part of Lantau Island, Hong Kong. It hosts Po Lin Monastery and Tian Tan Buddha amidst the hills which is about 34 m tall. There are several hills nearby which are also an attraction to tourists. It is now the terminus of the cable car ride Ngong Ping 360 which travels to Tung Chung. New facilities and tourist attractions have opened including the Ngong Ping Village, Walking with the Buddha, the Monkey's Tale Theatre and Ngong Ping Tea House. A youth hostel is located near the monastery. The second highest peak of Hong Kong, Lantau Peak, is at its southeast. -wikipedia


Ada beberapa kaedah untuk ke sana, namun bagi aku, menggunakan perkhidmatan MTR lebih menyenangkan dan menjimatkan masa. Klik sini untuk info MTR di Hong Kong.

Perjalanan kami bermula di Tsim Sha Tsui Station (Tsuen Wan Line) yang terletak berdekatan dengan Chung King Mansion menuju ke Tung Chung (Tung Chung Line) . Pastikan anda tukar ke (Tung Chung Line) di Stesen Lai King. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit dan kos untuk seorang adalah HKD15.8.

Laluan MTR menuju ke Tung Chung Station
Sampai saja di Stesen Tung Chung, kami keluar melalui Exit B dan berjalan kaki lebih kurang 100m menuju ke Ngong Ping Cable Car. Stesen ini juga bersebelahan dengan Citygate Outlet. 

Exit B menuju Ngong Ping Cable Car

Panduan ke Ngong Ping Cable Car

Pemandangan Stesen Tung Chung dari luar 

Lokasi Ngong Ping Cable Car

Ada beberapa kaedah untuk pergi ke Ngong Ping 360 iaitu menggunakan bas, kereta, berjalan kaki ataupun menaiki kereta kabel. Untuk menaiki kereta kabel, anda perlu membeli tiket di kaunter yang telah ditetapkan. Harga tiket menaiki kereta kabel adalah :-

Round Trip
Standard Cabin : Dewasa HKD165, Kanak - Kanak HKD85, Warga Emas HKD115

Standard Cabin

Crystal Cabin    : Dewasa HKD255, Kanak - Kanak HKD175, Warga Emas HKD205

Crystal Cabin


Kaunter Tiket Kereta Kabel


Crystal Cabin

Chep Lap Kok International Airport

Laluan Pejalan Kaki

Gambar disekitar Ngong Ping 360

Berehat sambil menikmati roti.





Anjing berbulu tebal.



Larat ka mau naik ke atas?




Sedikit tips ketika melancong di Hong Kong, sila bawa bekalan makanan seperti roti, coklat dan mineral water. Sebabnya harga makanan dan minuman di Hong Kong memang mahal melainkan korang memang tidak kisah dengan harga makanan dan minuman. Harga mineral water dalam lingkungan RM6.00 sebotol dan makanan lebih kurang RM60.00. 

Selesai di Ngong Ping 360, kami bergerak menuju ke City Gate Outlet. Semasa perjalanan menuju ke sana, sedikit terkejut juga la kami sebab tengok orang berbaris panjang untuk membeli tiket Kereta Kabel. Nasib baik la kami datang awal seawal pukul 9.00 pagi.

Di City Gate Outlet ni banyak menjual kasut - kasut berjenama contohnya Timberland, Adidas, Nike, New Balance. Ramai sangat orang serbu tempat ni.. Aku pun tak faham. Harga kasut di tempat tu pun boleh tahan mahal... Hehehe.. Apa apa la.. janji diorang bahagia...

Barisan yang panjang di luar kaunter tiket

Faiz sempat tidur di City Gate Outlet

Selesai di City Gate Outlet, kami menaiki MTR untuk ke lokasi seterusnya iaitu Ladies Market yang terletak di kawasan Mongkok. Tambang MTR untuk ke sana adalah HKD15.8.

Laluan MTR Tung Chung line dan Tsuen Wan Line menuju ke Mongkok

Melangkah menuju Ladies Market

Ladies Market



Sneakers Street






No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.