Google Adsense

Percutian Ke Hong Kong Part 4

Hari Keempat di Hong Kong, lokasi seterusnya adalah The Peak yang terletak di puncak bukit Pulau Hong Kong. Di Kawasan ini juga terletaknya Madame Tussauds iaitu Muzium Patung Lilin Artis serta selebriti Hong Kong dan antarabangsa. Harga tiket masuk adalah HKD245.00. Sangaaaaaaaaaat Murah. Hahahaha.

                                         


Kaedah termudah pergi ke sana daripada Tsim Sha Tsui adalah dengan menaiki MTR daripada Tsim Sha Tsui Station (Tsuen Wan Line) dan berhenti di Stesen Central dan seterusnya berjalan kaki menuju ke  Tram Lower Terminus untuk menaiki Tram menuju ke The Peak.


Laluan menuju ke The Peak

Ada kaedah lain untuk ke sana seperti apa yang kami gunakan. 

1. Berjalan kaki menuju ke Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier.

Kami memulakan perjalanan dari Tsim Sha Tsui melalui Avenue Of Stars sambil menikmati udara yang sejuk dan nyaman. Laluan yang agak jauh ni memang disengajakan. Sebabnya rasa tak puas menikmati keindahan pemandangan di Avenue of Stars serta angin sejuk yang bertiup di sana. Gambar di bawah ni laluan yang kami guna untuk pergi ke destinasi...

Laluan yang kami gunakan untuk ke Tsim Sha Tsui Star Ferry Tier. Jauh kan. hahhaha





 Kapal Aqualuna antara simbolik di Victoria Harbour

Begini la keadaan Kapal Aqualuna dari dekat

Lokasi Star Ferry Pier adalah berdekatan dengan Tsim Sha Tsui Clock Tower
Menara Jam Tsim Sha Tsui berdekatan Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier

Star Ferry 
Untuk pengetahuan semua, Feri - feri ini, destinasi perjalanan feri ini adalah daripada Tsim Sha Tsui ke Central, dan Tsim Sha Tsui ke Wanchai & Hong Kong Convention And Exhibition Centre. Pastikan ada melalui pintu masuk yang betul untuk ke destinasi pilihan anda.

3 Terminal Utama. Tsim Sha Tshui, Central dan Wan Chai
Dari segi kadar tambang pula, tambang yang dikenakan adalah sangat berpatutan iaitu HKD2.50 bagi dewasa, HKD 1.50 untuk kanak2 berusia 3 hingga 12 tahun. Untuk makluman, anda boleh menggunakan Octopus Card untuk menaiki feri. :)

Jadual serta kadar tambang bagi perjalanan dari Tsim Sha Tsui ke Central.


Tsim Sha Tsui Star Ferry Tier
2. Menaiki Feri menuju ke Central Ferry Pier.

Laluan ke Feri

Star Ferry


Sky 100 Hong Kong Observation Deck

Feri tiba di Central

Setibanya di Central Ferry Tier, kami berjalan kami menuju ke MTR Central Station. Agak jauh juga kami berjalan kaki. Cuba tengok gambar di bawah, itulah laluan yang kami tempuhi untuk ke MTR Central Station....  Kami masuk ke Central Station tapi kami tidak menaiki MTR namun mencari  Exit J1 untuk ke Peak Tram.
Berjalan Kaki Menuju ke MTR Central.

Apple Store

Exit J1
Keluar saja dari Exit J1, papan - papan tanda ini sedia membantu kami untuk ke Peak Tram. Gambar di bawah ni pula laluan kami menuju ke Peak Tram.

Laluan ke Peak Tram daripada Exit J1 Central Station


Jalan Terus ke Hadapan sehingga dapat melihat dua bangunan ini dari dekat.




Peak Tram
3. Menaiki Tram menuju ke The Peak.

Setibanya di sini, kami terus ke Kaunter tiket untuk menaiki Tram menuju ke The Peak. Harga tiket adalah HKD83.00 dua hala bagi dewasa dan HKD40.00 untuk kanak - kanak berumur 3 hingga 11 tahun. Warga tua juga diberikan diskaun sama seperti kanak-kanak. Kanak - Kanak berumur 3 tahun ke bawah tidak perlu membeli tiket. :)

Beratur untuk mendapatkan tiket.

Kadar Harga Tiket Tram

Ruang Pameran yang disediakan di kawasan menunggu
Aku tak pasti berapa minit kami kena tunggu untuk menaiki tram. Sebelum ini kami pernah menaiki tram seperti ini di Pulau Pinang. Tapi tidak pasti istilah yang digunakan di sana sama ada mereka menyebutnya tram ataupun keretapi. Kami cuba untuk dapatkan tempat duduk di hadapan sebab pada kedudukan itu kami dapat merakam pemandangan yang lebih menarik. :P

Peak Tram

Nampak mcm bangunan tu yang condong...

Pemandangan Hong Kong daripada dalam bangunan
 Cuaca pada ketika ini sangat sejuk. Angin kuat bertiup kencang.. Jaket yang dipakai tidak mampu untuk menahan kesejukan di sana.. Di bawah ni aku kongsikan sedikit gambar2 ketika berada di puncak.

Pemandangan Dari Puncak




Selesai untuk hari ke empat.

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.