Google Adsense

Percutian Ke Hong Kong Part 3

Salam... Bersambung cerita pengembaraan Hongkong 2015. 

Kali ini di hari ke tiga, kami akan melawat Disneyland. Yahooo!!!!.. Sudah pasti inilah tempat yang dinanti - nantikan oleh Faiz. 


Sebelum ke sana, di sini aku sertakan beberapa tips berguna.

1. Pastikan anda membawa bekal makanan seperti roti, cokelat, nasi dan lauk sebab makanan di sana sangat mahal. Anggaran harga RM60 - RM80 seorang.

2. Bawa bekal air sendiri sebab harga air mineral 150ml pun mencecah lebih kurang RM6.00.

3. Bawa beg untuk sembunyikan semua makanan dan minuman anda.. Hehehehe.. Pihak Disney tidak membenarkan pengunjung membawa makanan daripada luar premis. 

4. Bawa kelengkapan solat sebab surau tidak disediakan di sana.

Sekian tips dari saya.



Kami memulakan perjalanan dari Tsim Sha Tsui Station (Tsuen Wan Line) pukul 8.00 pagi menuju ke Disneyland Resort melalui Laiking Station kemudian transfer ke  (Tung Chung Line) menuju ke Sunny Bay dan kemudian transfer ke (Disneyland Resort Line). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.


Laluan perjalanan ke Disneyland Resort menggunakan MTR


Apa yang menariknya di MTR Disneyland Resort Line, karakter Mickey Mouse banyak diletakkan di dalam MTR sehingga kan cermin kaca pun diorang rekabentuk mengikut karakter Mickey Mouse. APa lagi, Faiz pun rambang mata tidak diam duduk.....



Gerbang Hong Kong Disneyland Resort
 Harga tiket untuk masuk ke Disneyland adalah seperti di bawah :-

Tiket 1 - Hari = HK499.00
Tiket 2 - Hari = HK680.00

Mahal kan....
Kaunter Tiket

Park Information
Lepas saja beli tiket, kami bergerak ke pintu masuk Disneyland. Di sini la beg - beg pengunjung diperiksa oleh kakitangan keselamatan mereka... Sekiranya diorang dapati pengunjung membawa makanan daripda luar, mereka akan minta pengunjung untuk keluarkan makanan tersebut... So nasib baik la kami sembunyikan makanan dengan selamat.. kekekke....

Sebelah pagi, masih tidak ramai orang di kawasan ini. Apa yang aku boleh simpulkan, lawatan ke Disneyland memang suatu yang sangat mengujakan kami. Banyak aktiviti dan permainan yang ada. Dari segi makanan halal, di sini memang ada disediakan restoran halal. Namun harga untuk sepinggan nasi beserta lauk adalah sangat mahal. Dan tempat solat juga tidak disediakan...  kena la pandai2 cari tempat yang sesuai untuk solat... :P








Banyak maskot - maskot kartun Disney sedia berkhidmat untuk bergambar, tapi nasib kami tidak seberapa baik sebab tidak dapat untuk bergambar dengan maskot2 tersebut. Sebabnya sessi bergambar bersama maskot ada hadnya... Nampaknya bukan rezeki kami, so gambar dari jauh pun suda memadai.. tapi kasihan la Faiz .......



Toys Story Park

Antara Permainan yang menggerunkan




Kalau anda ke Disneyland, pastikan anda ke tempat ini, The Golden Mickeys. Persembahan Muzikal yang sangat menarik setanding persembahan Muzikal yang pernah aku lihat ketika di Lotte World, Seoul. Persembahan di adakan bermula 12.30 tengahari dan persembahan terakhir adalah pada pukul 6.00 petang.

Gate Masuk ke The Golden Mickeys

Jadual Persembahan






Selesai persembahan, kami terus menuju ke kawasan persembahan bunga api. Lama juga kami tunggu. Masa ni la baru aku perasan begitu ramai orang melawat Disneyland walaupun pada waktu ini bukan lah hari cuti. Suasana sangat sesak tapi terkawal. Persembahan bunga api bermula pukul 8.00 malam dan kalau tidak silap persembahan tu lebih kurng 15 minit.



Keadaan Sesak di lorong Utama.

Selamat Jalan Disneyland
Untuk pulang, kami melalui laluan yang sama seperti kami pergi.

Setakat ini saja untuk hari ke 3

No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.