Google Adsense

Menggunakan Poket Wi-Fi di Busan

Bagi mereka yang terlalu dahagakan internet, jangan risau kerana perkhidmatan Poket Wi-Fi ada disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsan Gimhae. Lokasinya adalah di balai ketibaan lapangan terbang tersebut.

Harga sewa untuk Poket Wi-Fi tersebut adalah 5,500 Won sehari. Liputan talian internet tersebut adalah seluruh Negara termasuk Pulau Nami dan Pulau Jeju. Dari segi kelajuan pula, poket wifi ini menawarkan kelajuan 100Mbps (LTE) dengan kuota 1GB / sehari ia boleh menyokong sehingga 10 peranti dalam 1 masa.

Bagaimana cara untuk menyewa Poket Wi-Fi di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae?

1. Sila ke kaunter yang terletak di balai ketibaan lapangan terbang.
2. Anda akan diminta untuk mengisi borang maklumat peribadi.
3. Membayar sewa Poket Wi-Fi sama ada dengan tunai ataupun kad kredit. Sekiranya anda ingin membayar menggunakan tunai, mereka akan mengenakan deposit 100000 won yang akan dikembalikan semula sekiranya device tersebut dalam keadaan baik pada hari device tersebut dikembalikan.
4. Anda boleh terus menggunakan device tersebut di seluruh kawasan di korea selatan.


Kebaikan

1. Liputan yang sangat luas
2. Talian internet yang sangat laju.
3. Harga sewa device yang berpatutan. sewa sehari jika ditukarkan ke RM lebih kurang RM15.00 jauh lebih murah jika kita menyewa device tersebut ketika di Malaysia iaitu RM28/hari.

Keburukan

1. bateri device cepat habis. Perlu standby powerbank.




No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.