Google Adsense

Rokki Wi-Fi - Bermedia Sosial di dalam Pesawat

Mungkin ramai yang tidak tahu Airasia kini menawarkan perkhidmatan Wi-Fi di dalam pesawat. Cuba anda bayangkan anda ber WhatsApp diketinggian 32,000 kaki dari paras laut. Pergh.. pasti member - member lain terkejut. Ada signal ka di atas awan Sana?



Aku berpeluang untuk mencuba perkhidmatan Rokki Wi-Fi dalam penerbangan Airasia daripada Kota Kinabalu ke - Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan rokki?

1. Mula - mula pastikan perbangan anda mempunyai signal wifi rokki dan buat sambungan ke wifi tersebut.


2. Beli kupon Rokki Wi-Fi melalui portal Rokki (kad kredit / big ) ataupun membuat pembelian secara tunai di dalam pesawat.




3. Pakej Wifi yang disediakan ada 2 iaitu pelan chats dengan harga RM9.00 untuk kuota 3MB dan Pelan COMBO dengan harga RM18.00


4. Setelah membuat pembelian, masukkan id token untuk menggunakan perkhidmatan WiFi.


5. Jumlah kuota dan kelajuan internet dapat dilihat melalui portal rokki dan anda sudah boleh menggunakan aplikasi WhatsApp, twitter dll yang berkenaan.


Adakah 3MB cukup untuk berwhatsapp? bagi aku cukup jika tiada gambar ataupun video dimuat turun. Namun, apa yang kurang best untuk perkhidmata ini, signal selalu terganggu. Kekadang tu panas hati juga sebab selalu ada gangguan. Kesannya, kita tidak dapat menggunakan kuota Internet sepenuhnya untuk penerbangan tersebut.




Apapaun, pilihan ditangan anda. Bagi aku, ia merupakan satu langkah ke depan dalam memastikan kita semua dapat berkomunikasi di mana jua kita berada.

Berikut adalah Q & A yang aku copy paste daripada laman web Airasia.

1. Apakah itu roKKi?

roKKi ialah portal Wi-Fi di dalam pesawat yang menawarkan hiburan dalam penerbangan dan sambungan hanya dengan di hujung jari anda. Dengan menggunakan peranti mudah alih peribadi anda, anda boleh menyambung ke pemesejan segera, media sosial dan aplikasi e-mel dan juga mengakses menu dalam penerbangan, panduan pelancong serta tawaran menarik yang lain.

2. Apakah yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan Wi-Fi ini?

Anda perlu memiliki telefon bimbit atau tablet dengan keupayaan Wi-Fi untuk menggunakan perkhidmatan ini (komputer riba tidak disokong buat masa ini). Untuk menyambung dengan Wi-Fi, sila beli token menggunakan tunai daripada anak kapal atau dengan menggunakan kad kredit di Portal roKKi.

3. Bilakah saya boleh mula menggunakan perkhidmatan ini semasa dalam penerbangan?

Anda boleh mula menggunakan perkhidmatan ini sebaik sahaja pesawat mencapai ketinggian 10,000 kaki dan pengumuman di dalam pesawat  dibuat mengenai Wi-Fi. Sila maklum bahawa perkhidmatan akan dimatikan secara automatik apabila pesawat berada di bawah ketinggian 10,000 kaki atau apabila berada dalam wilayah negara India, China dan Macao.

4. Berapakah kelajuan sambungan Internet?

Keseluruhannya, perkhidmatan ini berupaya menyediakan kelajuan Internet sehingga 1.33 Mbps; walau bagaimanapun, kelajuan sebenar bagi setiap pengguna adalah bergantung pada:

     Peranti pengguna
     Bilangan  pengguna aktif dalam penerbangan yang sama
     Laman dan pelayan yang diakses
     Sambungan dan kelajuan satelit


5. Bagaimanakah jika saya telah mencapai kuota data token?

Jika anda menggunakan Chats Plan, anda akan masih mempunyai sambungan pada kelajuan yang lebih rendah iaitu 10 Kbps. Ini akan memperlahankan kelajuan muat turun dan muat naik media tetapi ia tidak akan mempengaruhi pengalaman pemesejan segera anda. Sila beli token baharu untuk kembali ke kelajuan normal.

Jika anda menggunakan Combo Plan, sambungan Internet anda akan dimatikan. Sila beli token baharu untuk mendapatkan kembali sambungan Internet.

6. Saya hanya menggunakan separuh daripada data token saya semasa dalam penerbangan ini. Bolehkah saya menggunakan data selebihnya semasa dalam penerbangan yang lain?

Tidak. Sebaik sahaja token digunakan, token tersebut hanya boleh digunakan untuk penerbangan sehala di dalam pesawat yang dilengkapi dengan roKKi.

7. Jika saya masih belum menggunakan token yang dibeli, bolehkah saya menggunakannya semasa dalam penerbangan saya yang seterusnya?

Ya, token yang dibeli dengan tunai boleh digunakan di dalam pesawat lain yang dilengkapi dengan roKKi jika token tersebut masih belum diaktifkan. Walau bagaimanapun, token yang dibeli dengan kad kredit tidak boleh digunakan di dalam pesawat lain yang dilengkapi dengan roKKi kerana token tersebut akan diaktifkan secara automatik pada peranti mudah alih anda sebaik sahaja transaksi anda berjaya.

8. Adakah selamat untuk saya menggunakan kad kredit saya bagi membuat pembelian semasa di dalam pesawat?

Ya, ia adalah selamat kerana semua transaksi kad kredit yang dibuat semasa di dalam pesawat adalah selamat. roKKi tidak menyimpan apa-apa data kad kredit daripada transaksi.

9. Adakah terdapat apa-apa caj tambahan untuk penggunaan kad kredit antarabangsa?

Sesetengah bank pengeluar mungkin mengenakan caj tambahan untuk semua transaksi RENTAS SEMPADAN yang dilakukan. Transaksi RENTAS SEMPADAN ditakrifkan sebagai transaksi apabila negara bank pemegang kad adalah berbeza daripada negara  bank saudagar.

Sila maklum bahawa AirAsia atau roKKi bukan merupakan pihak yang mengenakan caj tambahan dan tidak mendapat manfaat daripadanya. Sepertimana peraturan Visa dan MasterCard, semua bank pengeluar perlu memaklumkan kepada pemegang kad mereka sekiranya terdapat sebarang caj rentas sempadan.

Sila hubungi bank pengeluar anda sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut.

10. Bagaimanakah untuk saya mendapatkan resit bagi token yang dibeli?

Resit hanya akan diperoleh jika token telah diaktifkan. Anda boleh mendapatkan resit dengan melayari www.rokki.com/receipt 24 jam selepas pesawat anda mendarat atau pada bila-bila masa dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh pengaktifan token anda. Sila simpan rekod ID dan nombor siri token anda kerana butiran ini adalah diperlukan untuk mendapatkan resit anda.

11. Saya telah membeli token tetapi tidak dapat menyambung ke Wi-Fi. Bagaimanakah untuk saya memohon bayaran balik?

Anda boleh menghantar permohonan anda di halaman Help di Portal roKKi atau e-mel kepada kami di support@tunebox.com.my. Sila pastikan anda memasukkan butiran berikut: Nama penuh, alamat e-mel, butiran penerbangan, ID dan nombor siri token serta penerangan mengenai masalah yang anda hadapi.

Kami tidak memberikan bayaran balik untuk:

• Menukar fikiran mengenai token yang telah dibeli
• Token yang tamat tempoh
• Token yang telah digunakan yang telah melebihi 0.05MB penggunaan data
• ID token yang salah dimasukkan

12. Adakah perkhidmatan ini selamat dan diluluskan untuk digunakan di dalam pesawat?

Ya, perkhidmatan ini telah mendapat semua kelulusan standard penerbangan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), AS. Perkhidmatan ini juga telah mendapat lesen telekomunikasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), iaitu badan yang mengawal selia peraturan telekomunikasi di Malaysia.

13. Bagaimanakah untuk menghubungi anda?

Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas daripada anda! Anda boleh menghantar semua pertanyaan dan maklum balas kepada support@tunebox.com.my dan kami akan memberi respons dalam tempoh tujuh hari bekerja.







No comments

Sila komen

Theme images by loops7. Powered by Blogger.